Thursday, January 13

Triple Happiness


3 hari di bulan Januari...


Setiap kali Januari tiba pada setiap tahun, aku akan menerima "triple happiness". Apa itu "tripple happiness"? Mudah je sebenarnya bukan lah mudah untuk perkara ini berlaku tapi fenomina ini bermula pada tahun 2001. Maksud "triple happiness" ini aku gunakan sebab pada bulan Januari, untuk 3 hari berturut-turut, 3 days in a row takde spacing takde lat sehari, 3 orang insan yang aku hormati, sayangi dan hargai menyambut hari lahir mereka.

Pada 11hb Januari, hari lahir Puteri. Pada 12hb Januari hari lahir bonda ku. Pada 13hb Januari hari lahir teman ku, Fidah. 3 hari berturut ini tidak akan aku lupa sehingga akhir zaman aku, InsyaAllah. Macam mana nak lupa brader? 3 hari straight siot.

Buat Puteri, semoga segala impiannya dapat dicapai. Aku tahu dia inginkan international recognition dan aku yakin dia mampu melakukannya. Apapun, aku tetap disini untuk memberi sokongan yang diperlukan, InsyaAllah. Semoga terus berjaya, sejahtera dan bahgia.

Buat Bonda, semoga bahgia dan ceria selalu. Semoga sejahtera hendaknya. InsyaAllah, segala yang bonda inginkan akan abang cuba tunaikan. Terima kasih juga kerana memahami isi hati abang selama ini mama.

Buat teman ku, Fidah, seperti capricorn yang lain mereka sentiasa inginkan kejayaan yang tinggi maka semoga tercapai segala impian yang diinginkan juga. Semoga sihat sejahtera dan bahgia.

3 hari di bulan Januari,
3 hari yang bermakna buat diri ini,
3 wanita yang aku hormati
3 wanita yang aku sayangi
3 wanita yang aku hargai...

Mat Rock sebut 3 hari ni tapi ada lagi banyak yang hari lahir dibulan Januari hehe... yang tak dalam senarai jangan khuathir masih aku ingat kat korang ler! Hehehe...

No comments: