Friday, January 21

Masih mengharap...


Teruskan perjuangan...


Setiap insan mempunyai harapan, setiap insan sentiasa mengharapkan sesuatu. Ia satu adat sebagai manusia bukan suatu perkara yang ganjil atau fenomena yang baru aku nak ketengahkan. Pada malam raya, seperti biasa setelah bertakbir beramai-ramai, kenduri arwah dilaksanakan namun sempat juga dilakukan kenduri doa selamat buat semua insan-insan yang dalam kesusahan dan kepayahan. Semua insan yang mengalami kesulitan.

Antara insan yang di berkatkan doa ialah buat kawan aku di Ireland, Arfa Adriana atau Dy panggilan ringkas yang aku kenali. Kini walaupun dia dalam keadaan stabil namun beliau masih tidak sedarkan diri, coma. Tidak pernah aku alami senario seperti ini sejak aku dilahirkan, sejak aku tahu ertinya berkawan. Jadi reaksi aku bercampuran ada keliru, sedih, risau akan apa yang akan terjadi seterusnya. Syukurlah kita sebagai umat Islam tidak lah hanya berserah sahaja tapi kita dapat berdoa, memohon dan meminta pada yang Esa, pencipta segala untuk menyembuhkan kawan ku ini. Dengan itu aku berharap beliau kembali seperti dulu, bertegur sape bila aku bertugas ditengah malam. Bergurau senda bila aku rasa dah ngantuk. Maklumlah timezone kami berbeza, namun adakalanya aku pula yang mengacau dia.

Mudah mudahan beliau dapat melakukan semua itu semula bersama aku dan kawan-kawannya yang lain, InsyaAllah padaMu aku memohon, padaMu aku berserah, padaMu Ya Allah aku meminta Dy kembali seperti dulu. Amin.

Pada Aidil Adha ini aku mengharapkan sesuatu yang lebih penting dari segala yang pernah aku harapkan untuk diri aku, iaitu Dy sembuh sepenuhnya.

Takbir berkumandang,
Tandanya tiba hari raya korban,
Berkorban demi kebaikkan,
Berkorban sebagai tanda ingatan...

Syukur atas kesihatan yang diberi,
Syukur atas keselesaan dan keamanan,
Namun Ya Tuhan ku, kau kembalikan,
keceriaan yang kehilangan pada keluarga dan teman,
Yang merindukan insan yang disayangi...

Mungkin aku terlambat menulis sesuatu mengenai Dy, namun aku sentiasa tahu ada seorang kawan ku yang dalam perjuangan. Sentiasa mengingati walaupun jauh dari pandangan.

Mat Rock berharap kawan2 semua memohon dan terus memohon kesejahteraan buat Dy...

No comments: