Friday, January 7

Dah tak fit? Train lah!


Siapa lagi kalau bukan kita sendiri melakukannya...


Memandangkan aku ni makin lama makin tak fit, maka itulah sebabnya tahun ini aku bermula semula dengan kembali training untuk mengembalikan fitness yang dulu. Hanya ada masa hingga bulan April saja sebab bulan April aku akan masuk kem selama 2 minggu untuk menjalani bahgian kedua "in camp training" dalam masa 3 tahun. Tahun lepas sekali, tahun ini sekali lagi, tahun depan lagi sekali. Lepas tu rehat sementara. Jadi dalam 3 tahun ini kenalah fit brader, nak lari naik bukit dengan M16/SAR21 lepas tu nak pikul LAW dengan SBO (seksa tu seksa tapi kena buat juga). So faham-faham ah... dari Januari sampai ke bulan April kena RT (remedial training) brader. Dua kali seminggu untuk bulan pertama, bulan kedua 3 kali seminggu.

2hb lepas mula jam 8 pagi, 1st day biasalah banyak berbual dari training, admin, briefing of rules and regulations (blah.. blah.. blah..) pastu train cuma sejam je (wakakaka lepak.. gerek wa cakap lu), abis cerita jam 11-12 pagi gitu. Cuma tak gerek baru balik kerja malam lah tengah tak 100% punya celik ada gak melayang-layang rasa (hehe) nasib 1 jam je train. Pastu hari kedua pada 4hb pula jam 6 petang, masuk kem macam biasa lah sebab baru habis hujan cuaca pun gerek untuk training, cooling jer. Tapi yang tak sangkanya tepat jam 6.30 bila semua dah book in, training pun mula, mulakan dengan 6 different exercises. Ulang 3 kali, masa ni kira otot dah nak tercabut pun ada (hehe) tapi relek brader tu baru warm up je.

Kasi rehat 5 min, ulang lagi 3 kali, pastu dia bagi 3 lagi exercises, kali ni banyak sprinting untuk lajukan speed yang aku rasa sekarang speed aku confirm mendak je, nak tak nak buat juga lah 2 kali ulang. Pastu bagi rehat 15min. Sebab ramai yang training sesama, dalam 200 peserta so makan masa juga nak habis. Tepat kul 7.30 petang lepas rehat tu, dia bagi bom kat kita semua, dengan selambe je dia kata... ok sekarang kita akan buat endurance training, iaitu fat burning exercise selama 30min. Nampak tak padang yang depan tu? Sekali pusing 600m jauhnya sekarang semua ikut kami lari keliling padang tu selama 30 minit! Dalam hati aku dah kata mak oi! 30 minit! Dah berzaman aku tak lari selama 30min ni! Bukan hati aku je berkata, ada juga yang bersuara terus seperti aku.

Bermula dengan bismillah, takut tercabut kaki ke tangan ke masa 30 minit ni (hehe) but rock never die limit golek-golek je kat padang tu nanti (hehe). 200 orang berlari, bukan berlari anak, ni berlari bapak. Maklumlah yang kepala tukang ajar tu fit nak hidup kita ni semua fit nak mampus je. Pusing punya pusing padang tu, dengar suara-suara bertanya ehhh... berapa lama lagi huh? Lamanya 30 minit ni??? Penat siot! Kaki dah nak tercabut ni! Tangan dah lenguh ni! Pinggang dah sakit ni! Macam-macam komen aku dengar tapi nak tak nak lari juga lah, ada yang tak larat terus duk tepi je tengok kita lari, ada yang dah jalan tapi aku biasalah, nak fit kan diri balik dan "rock never die" ikut je pusing padang tu, nasib ada members yang sekepala nak fit semula seronok lari bersama. Bak kata OC aku, dia tengok kita lari dia tak untung apa-apa yang untungnya siapa yang lari tu sebab fitness dia akan kembali. (Amacam tak betul kata dia?)

Lepas 30 minit, berhenti lari, instructor beritau kita yang berjaya tamatkan 30min tu dengan berkata, kita dah round 10 kali padang tu sedar tak sedar? Aku dengan member kat sebelah tercengang, terkejut beruk! "Huh??? 10 round!!! Biar betik siot? Padan ler kaki macam nak putus je rasa sekarang ni." Lepak semua ketawa. Inilah pengalaman yang akan aku alami untuk 3 bulan akan datang. Mungkin takkan kurang sebab training akan bertambah (wahahaha padan muka kau Mat Rock tu ler siapa suh ko jadi gemuk balik kan dah kena!) Tapi takpe ini untuk kebaikkan diri sendiri aku rela. Lepas bulan April nanti baru ler nampak hasilnya. A short term investment for the future. Nasib baiklah aku dalam askar. Terima kasih banyak-banyak pada nasib aku yang baik ini (hehe).

Sekarang dah mula berlari semula 30 minit, 3 kali seminggu. Kalau tak confirm masuk kem putus kaki, tercabut tangan, terseliuh pinggang dan sebagainya... Bila lagi nak fit? Takkan sampai tua nak macam ni (hehehe),

Mat Rock working out to be fit for infantry in 3 months time... Any sweat? No sweat! Ha! Ha! All the way... (censored version). Rambut ku kembali pendek gila! Pendek jadi tak panas (hehe)

No comments: