Monday, January 31

Kehidupan Lebih Bermakna

Syukur Alhamdulillah, berita yang amat baik sekali telah ku ketahui, Dy telah pulih dan kembali seperti biasa. Keceriaan telah pulang kepada semua...

Topik entry kali ini... Apakah itu kehidupan yang lebih bermakna? Maksudnya kita mempunyai impian dan tujuan dalam hidup ini. Hidup ini adalah satu jangka masa yang diberikan aku tuhan untuk kita mengisinya sendiri. Segala yang kita lakukan, yang kita alami adalah bukan secara kebetulan tetapi dari pilihan kita sendiri. Apa yang kita alami sekarang adalah dari pilihan yang kita lakukan sebelumnya.

Jadi aku akan hidup atas pilihan aku sendiri, segala kesilapan, kejayaan, kegagalan dan apa saje yang aku alami, ialah atas sebab pilihan aku. Bila bertanggungjawab atas pilihan kita, kita akan hidup lebih bermakna.

Kalau dulu kita hanya bergantung pada nasib dan hanya berserah, atau segalanya kita anggap sebagai kebetulan, sudah tiba masanya untuk kita buat sesuatu. Kita harus berusaha, meletakkan tujuaan memilih satu arah untuk mengalami kehidupan yang lebih bermakna.

Syukur Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas aku baru temui tujuaan hidup aku. Pada mulanya aku sangka apa yang aku ada sekarang ini sudah cukup baik, sudah bermakna namun dalam hati aku masih berkata, ada lagi yang belum aku laksanakan. Maka aku pergi mencari, dan mujurlah dalam mencari, orang yang aku kenali sejak dari kecil lagi sekarang terjumpa aku. Kebetulan? Ohh.. bukan kebetulan tetapi atas pilihan, aku pilih untuk mencari. Kini aku temui dia yang akan membantu aku mencapai apa yang aku cari.

Dalam pertemuan yang agak singkat itu, aku memilih untuk bermula dari bawah, mungkin orang akan berkata, usia dah makin dewasa ni nak mula semula? Sepatutnya pada usia begini kita sudah tahu apa yang kita mahu, atau sudah hampir mencapai apa yang kita inginkan. Ahhh... fikir semula, adakah kita gembira atau benar-benar berpuashati dengan apa yang kita ada atau capai sekarang?

Walaupun aku rasa aku sudah puas dan cukup gembira tetapi aku silap, masih ada lagi banyak yang belum aku puaskan dan gembirakan. Banyaknyaaaa nak buat! Takpe yang penting kita sudah pilih apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Kalau nak berjaya kenalah usaha.

Terima kasih tuhan, kerana memberikan aku hidup yang boleh membuat pilihan. Seperti kata kawan aku, hanya orang yang dah meninggalkan dunia ini sahaja yang tidak mempunyai masa, masa untuk berubah dan masa untuk membuat pilihan. Masa untuk mencapai kejayaan dan kehidupan yang lebih bermakna.

Mat Rock... ingin berjaya supaya dapat membuat orang yang disayangi lebih gembira dan membantu yang memerlukan...

No comments: