Bienvenue 2005!

Bienvenue...
Bienvenue! Selamat datang 2005! Sudah pun tiba tahun yang baru, memberi peluang yang baru untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Azam... tiap tahun baru ada azam, takde azam? Kalau takde azam tahun baru ini buat azam (hehe). Kenapa perlunya azam di tahun baru, ia bermakna kita mempunya matlamat dalam hidup ini. Tidak semestinya azam itu hanya menuju kearah menjadi lebih kaya, lebih harta. Ia juga boleh menuju kepada arah agama, lebih solat, lebih rajin ke masjid. Boleh juga ke arah kekeluargaan, ingin berumah tangga, menjadi anak yang baik, memberi ibu bapa lebih kesenangan. Tidak lupa untuk kesihatan juga, ringankan berat badan (ehemmm), berlari dalam acara maraton, memanjat Gunung Ledang dan sebagainya.
Jadi perlu sebenarnya azam ini, bak kata orang putih, upgrade. Memajukan diri atau memajukan sekeliling kita. Kalau takde azam bermakan dah puas dengan apa yang ada. Jangan sekali kita berpuas dengan apa yang ada kerana ia satu pemikiran yang singkat. Adakah anda cukup dari segala segi untuk berasa anda berpuashati dengan apa yang ada ada dan yang anda telah lakukan? Tak perlu fikir jauh sangatlah, kalau sentuh soal agama? Cukupkah ilmu di dada? Adakah kita melaksanakannya dengan sempurna? Fikirkan... kalau ada yang membaca disini fikir tidak memerlukan azam baru atau dah puas dengan pencapaian sekarang.
Aku seperti biasa akan adakan azam baru walaupun ada juga azam lama tak dapat dilaksanakan, tapi takkan sebab tak dapat buat terus nak putus asa brader and sisterz? Kita cuba lah lagi kan? Kalau jatuh bangun lah takkan nak duduk je atau terbaring je tunggu orang nak angkat? Sedangkan ambulance tu nak datang orang kena call kan dulu. Mana ada automatik accident je ambulance datang secara automatik... (ni juga bermakna hidup ini perlu orang bantu mencapai sesuatu yang kita mahu, kalau buat sendiri, jangan nak menipu ler buat sendiri), fikir weihh fikir (setiap kejayaan itu perlu diizinkan olehNya juga, atas bantuanNya).
Azam baru... Ada seorang pakcik yang kerap ke kedai untuk membeli barangan dan tiap pagi selepas dia solat Subuh dia akan datang ke kedai, dia menasihati aku, "Anak... azam baru tahun ini... in whatever you do, solat jangan lupa. Tambahkan solat, jangan leka." Maka aku juga berazam untuk mengikut nasihat pakcik itu. Tahun baru, azam baru perkayakan diri dengan solat. Azam lain, mengikuti nasihat Azizi Ali dengan sebaiknya, sebab kalau sesiapa yang telah membaca buku-bukunya aku pasti dia banyak memberikan kesedaran dan nasihat untuk lebih baik menjaga personal finance kita. Ini semua terpulang pada diri kita, nak buat atau pun tidak.
Azam secara umumnya, mejadi lebih baik dari apa yang telah kita capai pada tahun lalu. Jadi aku harap korang ada lah juga azam baru untuk tahun baru ini yer. Semoga berjaya! Semoga bahgia! Jangan cakap je, buat... Jangan buat je, buat lebih baik!
Mat Rock menghadapi 2005 dengan debaran dan azam baru...
No comments:
Post a Comment