Kenangan bersama...
Dah lama aku tak tulis kat blog ni ye? Maklumlah sebenarnya ada banyak cerita yang ingin aku ceritakan namun bila difikirkan balik cerita semua tak boleh nak ceritakan maka banyak yang telah berlaku pada diri aku beberapa minggu yang lalu menjadi kenangan bersama. Tak dapat nak ditulis untuk dijadikan bahan bacaan ramai hehe. Namun apa yang penting disini ialah apa yang berlaku sedikit sebanyak menunjukkan aku harapan dimasa akan datang. Ada cahaya dihujung perjalanan ini.
Aku bertemu dengan ramai insan-insan yang ingin aku temui. Seperti pernah aku tulis dalam friendster, who I want to meet? I want to meet people who I have not met and keep meeting people I have met. Also the one in my heart. Kata-kata ini sudah terlaksana beberapa minggu yang lalu. Memang indah bila dikenang semula dan memang perit kerana perlu berpisah semula. Namun aku percaya tiba masa akan bersua lagi, InsyaAllah.
Antara insan-insan yang aku temui dan tak dapat aku lupakan:
Geng GB, meraka ini adalah antara kawan-kawan yang terlama sekali mengenali aku sejak aku bermula menjejak kaki ke seberang. Alhamdulillah hingga hari ini masih bertahan persahabatan kami semua walaupun ada juga yang pergi tanpa berita.
SD, seorang akak yang sangat aku hormati. Kerana dia jugalah aku dapat menggunakan kemahiran yang aku ada untuk kebaikkan seorang insan. Dia juga banyak membantu aku mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Jawapan yang dicari akan dijawab bila tiba masanya.
KJ, seorang akak yang aku gemar sekali untuk duduk berbual kalau lah ada masa yang lebih aku pasti banyak yang dapat aku pelajari darinya. Terima kasih diatas buka yang kedua oleh Azizi Ali tu. Ia telah banyak memberi aku perspektif baru terhadap personal finance. Aku tidak tahu kenapa dia begitu gemar bersembang dengan aku (hehe).
Yang dihati... seorang insan yang aku cuba untuk mengenali walaupun ambil masa bertahun namun aku percaya satu hari aku akan kenali dia sepenuhnya. Siapa orangnya? Ramai yang menanti aku jawab soalan ini. (Hehehehe)
Ada beberapa lagi insan-insan yang aku kini cuba untuk bertemu dan mengenali lebih dekat lagi, semoga akan lebih mesra hendaknya.
Terlalu banyak cerita, namun ia hanya untuk kenangan. Mungkin satu hari nanti impian menjadi nyata kerana aku akan terus berusaha untuk mencapainya. InsyaAllah.
Mat Rock terus dan terus maju untuk mencapai apa yang pernah diimpikan...
No comments:
Post a Comment