Open House Cik Mimah
Semalam ada rumah terbuka, biasalah menjemput kawan kerja, kawan sekolah, sanak saudara dan jiran tetangga untuk hadir kerumah, ada makan-makan, beramah mesra dan lain-lain perkara yang lebih baik dilakukan. Sambil tu sempat juga promo bisnes dan mencari peluang bisnes. "Sambil menyelam minum air". Bukan aku je yang dapat bisnes, tapi mama aku pun sama dapat bisnes tempahan katering untuk yang inginkan khidmatnya.
Open house dirumah Cik Mimah ini sentiasa dinantikan setiap tahun oleh ramai yang telah hadir pada tahun lalu. Pernah pada salah satu tahun di bulan Syawal tak dibuat rumah terbuka sampai ada yang bertanya, "Tahun ni tak buat open house ke?". Kenapa orang nak datang ke 'open house' rumah Cik Mimah ni? Mudah je, sebab hidangan yang disediakan antara terbaik di dunia (hehe). Puji mama aku kejap ler kat sini. Promo jangan tak promo. Disebabkan masakannya yang sedap ini lah orang kembali tiap tahun untuk beraya disini. Tahun ini dihidangankan Nasi Briyani. Bagi aku nasi ini untuk acara-acara khas jadi memang sesuailah dihidangkan. Prinsip mama aku kalau memasak, "Kena ikhlas bagi orang makan". Sebab tu ler rencah dalam nasi dan lauk tahun ini tak boleh lawan dengan cara orang berniaga diluar tu. Kalau nak dibandingkan, aku percaya orang sanggup pasang kemah depan kedai Cik Mimah tiap malam untuk beratur membeli masakannya.
Selalunya kalau ada open house, aku pun ambil lah cuti untuk membantu, lepas pulang kerja malam, baliknya terus ke dapur untuk buat apa yang patut lah, sebab bila sampai rumah pun semua dah hampir siap. Maklumlah mama aku ni kalau masak macam hero FLASH tu. Tapi dia boleh buat cepat dari biasa juga sebab ayah aku pun 'partner in crime' dia yang boleh dipercayai (hehehe). Dari dulu lagi, kalau masak untuk orang kahwin ini dua 'partners' yang dicari orang untuk memasak, tapi tu dulu sekarang dah masuk usia makin tua, tenaga tak kuat lagi macam dulu jadi cuma buat majlis-majlis kecil boleh ler.
Aku pula baru sekarang nak mula belajar dari mama sebab yang lain tu tak nak, jadi aku kenalah sambung tradisi 'open house' ni. Segala 'skill' masakkan aku, adalah turun temurun dari atok(nenek) aku, ke mama aku dan mama aku kepada aku lah, sekarang ni dah 3 generasi. Pagi-pagi lagi jam 10, orang dah datang ke rumah, rumah flat tak besar, jadi tak boleh nak menampung ramai orang dalam satu masa tapi takpe bisa diatur. Mujurlah pada awalnya yang hadir bergilir-gilir, cuma bila tiba lepas maghrib saje, lepas orang pulang kerja yang datang dari rumah masing-masing serentak datang ke rumah, tak boleh berjalan, sempit dibuatnya. 'Pack' macam tin sardin! Yang nak masuk susah nak keluar pun susah (hehe). Suasana yang aku percaya boleh korang bayangkan lah yer. Tapi disebalik kekecohan itu ada teraju utama yang menguasai suasana ini iaitu mama aku. Dia yang pastikan semua berjalan lancar, aku cuma bantu je. Sekejap-sekejap akan kedengaran suaranya memberi arahan, "Abang, tengokkan meja depan tu air cukup tak?", "Abang, tengok lauk daging kat meja makan tu ada lagi?", "Abang, buat air sirap lagi dah nak abis ni!". "Abang isi lagi kuih-muih kat meja tu!" Satu hari tu aku berdiri je kerjanya. Kalau penat sandar je kat dinding. Tapi memang ler seronok tengok muka yang hadir puas dengan masakkan mama aku. Itu yang buat aku juga menantikan adanya 'open house' tiap tahun.
Sekian... cerita 'open house' Cik Mimah. Amacam nak rasa ke masakkan Cik Mimah? Nantikan jemputan tahun depan lah yer. (Hehehe...) Jangan marah, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Mat Rock dah bangun dah masa menulis ni, ayah ngan mama masih lagi tidur kesian kepenatan.
No comments:
Post a Comment