Romantik ke?
Romantik. Satu perkataan yang luas penilaiannya. Terpulang kepada individu untuk menilai apa itu romantik. Adakah ia diukur dengan berapa kali kita mengucapkan kata azimat? Adakah ia diukur dengan berapa jambak bunga diberi selama berkenalan? Adakah ia diukur dengan berapa banyak hadiah diberikan? Adakah ia diukur dimana masa terluang bersama dihabiskan?
Aku tidak mudah untuk meluahkan kata azimat itu, aku tidak selalu memberi jambak bunga, tidak juga selalu memberi hadiah dan tidak pula pergi ke Paris, London ataupun Langkawi menghabiskan masa bersama. Adakah aku bukan seorang romantik?
Namun, aku percaya jika aku sayangkan seseorang, aku akan lakukan yang terbaik untuk dia. Kenapa aku berikan yang terbaik? Kerana dia yang memberikan aku sebab untuk memberi yang terbaik. Kita berusaha menjadi yang terbaik namun harus ingat bahawa Dia yang akan menentukan segalanya. Aku akan berikan apa yang termampu dan mungkin juga akan cuba memberikan yang tidak aku mampu semata-mata untuk membahgiakannya. Aku kata mungkin kerana aku kini seorang yang praktikal tidak akan melakukan sesuatu dimana akan menjejas terutama sekali famili aku. Sebab apa aku berkata demikian, mudah je sebab aku pernah melakukannya. I had to learn the hard way. Sacrifices has it's limits. Pengorbanan secara membuta tidak akan memastikan kebahgiaan.
Sejak beberapa tahun yang lalu, lebih tepat sejak tahun 2000. Aku telah banyak membuat pengorbanan masa dan harta kerana inginkan sesuatu yang mungkin hanya boleh saje dimimpikan. Namun mungkin tuhan mahu aku buka mata pada realiti, 2 tahun kemudian, mata aku dibuka seluasnya bahawa, untuk bersederhana saje. Lakukan sesuatu dengan penilaian yang bijak. Dalam perjalanan selepas 2 tahun "gelap" itu, aku bersyukur bahawa kini aku lebih matang untuk membuat keputusan, cuma sebagai manusia kita tidak sempurna, ada sekali sekala tu tersalah pilih dan ada juga masa sempat untuk mengubah keputusan untuk kebaikkan.
Misi dan visi utama aku selepas 2 tahun itu hanya tuhan dan insan-insan dekat dihati aku sahaja yang tahu. Mereka tahu aku benar-benar serious dalam hal ini. Alhamdulillah mama dan ayah merestuinya. Bila sahaja mendapat restu kedua ibu bapa, sebagai seorang anak, akan merasakan kita boleh melakukannya. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak boleh hidup sendiri, membuat kerja tanpa team work atau bantuan. Maka dalam perjalanan ini, ramai insan-insan yang telah membantu aku mencapai hasrat aku ini. Dari seorang yang hanya dianggap antara berjuta kini kepada seorang yang mungkin dianggap antara berpuluh (hehehe...) Aku berterima kasih kepada insan-insan ini semua, kerena memahami dan menyokong aku. Walaupun ianya bermula dari satu impian.
Dia bagi aku adalah satunya. Tiada yang lain hanya dia.
Mungkin aku tidak memahami, kerana aku tidak pernah berpasangan.
Mungkin aku tidak cukup berani, kerana hanya dianggap berangan.
Namun, aku percaya tuhan itu adil, jika kita berusaha,
satu hari nanti pasti akan berjaya.
Kalau bukan dia di akhirnya, aku bersyukur sahaja,
kerana dia telah membangkitkan aku untuk menjadi yang terbaik.
Terbaik untuk yang di cintai, yang di sayangi, dan yang di kasihi.
Tetapi perjalanan ini belum berakhir... masih ada lagi ruang untuk maju kehadapan. Sabar menunggu...
Adakah cahaya di akhirnya? Atau hanya permainan mata aku sahaja?
Mat Rock romantik? Hanya tuhan je yang tahu (hehehe...)
No comments:
Post a Comment