Seloka Mat Rock Part 1
Kicau merpati ditasik biru
Pohon menghijau menghias tebing
Kalau hati terasa rindu
Mat Rock guna saje instant messaging!
(Tapi rindu pada si dia gunakan snail messaging... hehe)
Tasik biru ditengah pulau
Gunung penghalang tinggi melangit
Terasa diri seperti dihalau
Mat Rock relek je apa nak bingit-bingit?
(Tak boleh cool, terjun je longkang beso sebelah rumah)
Tinggi gunung hendak di daki
Kecilnya tapak ditinggal kaki
Yang diimpikan ingin dikecapi
Rock never dies... kita cuba lagi!
(Jatuh bangun sendiri ler siapa nak angkat? Ringan takpe gak!)
Kaki berlari menuju ke puncak
Licin salji tidak dihirau
Minta ampun kalau bahasa ku rosak
Mat Rock berseloka siapa nak kacau?
(Dah merepek macam ni orang baca je hehe)
Salji putih bersegi enam
Terbit mentari cairlah ia
Setakat disini hamba bergurindam
Lain kali Mat Rock sambung lagi ye...
(Sanggup ke nak baca sambungan seloka ni?)
Mat Rock saje takde apa nak tulis dah kena writer's block kot...
(Sah memang dah rindu sangat dah ni...)
No comments:
Post a Comment