Reno Ramadan

Renungan bersama...
Bulan Ramadan tak lama lagi akan pun menjelang, tak lama lagi kejap je lagi. Bulan yang dinanti-nantikan bagi setiap umat Islam. Bulan yang sungguh suci, sungguh murni bayangkan setiap amalan kita akan berlipat ganda pahalanya. Sesiapa sahaja yang berpuasa dalam bulan Ramadan, Tuhan telah berjanji mengampunkan semua dosa-dosanya, bertapa hebatnya bulan Ramadan ini.
Setiap kali kita menyambut bulan Ramadan setiap kali lah juga kita sibuk dah mula memikirkan bulan Syawal. Padahal baru je nak masuk Ramadan, puasa tak sampai seminggu, dah sibuk nak dengar lagu raya, dah sibuk memikirkan baju raya, malah ada yang dah beli baju raya sebelum bulan Ramadan juga (macam dah 'confirm' dapat sambut raya tahun ni). Hebat sungguh semangat nak beraya tu yer. Tapi hebat tak semangat kita untuk menyambut bulan puasa? Adakah ia sehebat yang kita sepatutnya lakukan?
Cuba kita renungkan bersama, masuk bulan Ramadan, mungkin minggu pertama tu masjid penuh dengan jemaah bersolat Tarawih. Sampai terkeluar kawasan masjid! Jawatan kuasa terpaksa siapkan kemah semata-mata untuk menampung jemaah yang ingin bersoalat, tiba pula pertengahan bulan puasa, kemah pun kosong, nak tanggalkan pun tak mampu sebab jawatan kuasa masjid pun adakalanya tak dapat nak hadir solat bersama. Senario ni biasa kita lihat? Kalau tak biasa anda adalah antara insan yang semangatnya begitu kuat sehinggakan tak sedar apa yang berlaku disekeliling anda.
Alasan biasa kita dengar bila tak dapat hadir bersolat tarawih, yang paling 'common'. Kemas rumah, bersiap untuk raya. Yang si suami, kata tolong isteri bersihkan rumah, yang anak kata tolong mak ayah bersihkan rumah, yang isteri pula kata takde orang nak bersihkan rumah. Lagi satu alasan, penat kerja siang puasa balik rumah nak rehat-rehat. Selama ni kerja apa yang tak penat? Puasa dijadikan alasan menjadi lebih penat di siang hari. Ada pula salahkan terlajak tak bangun sahur badan lemah jadi penat. Salah siapa? Salah setan? Setan bulan puasa tak kerja dia pergi holiday. Yang kerja nafsu kita je, kita yang berkuasa atas nafsu kita. Salah tuhan? Aku lesing kang baru tau.
Lagi 'common' alasan, buat kuih raya. Samalah jawapannya, saya tolong dia, dia tolong saya, ditu tolong dini dan dini tolong ditu. Sajak ler, alasan yang memang tak boleh dipakai. Kalau tak boleh berjemaah kat masjid, berjemaah di rumah pun boleh. Tak boleh berjemaah, solat ler sendiri. Solat tawarih ni banyak ganjarannya kalau dapat dilaksanakan. Tiap malam ada pahala dan ganjarannya, jangan pula pilih-pilih hari mana nak solat, sebab nak amik yang paling 'best' dan paling "berbaloi". Ini sudah tak masuk akal kalau solat pun memilih hari. Kalau boleh kita amalkan semuanya sehingga tamat sepurnama. Boleh ke? Ada orang boleh ada orang memang tak boleh, tak boleh selalunya kenapa... sebab malas. Malas with the capital M! Ini jer alasan paling senang nak diberikan. Aler solat tarwih sunat je tak buat bukannya berdosa. Mana pergi semangat Ramadan ni?
Kalau cerita pasal bulan Syawal, nak sambut raya bukan main semangat, cerita pasal baju raya, kuih raya, lagu raya, rakaman raya (kena muka aku sendiri gak... atleast aku admit juga la kan), langsir baru, carpet baru, kerusi baru, cat rumah baru semua nak dibarukan. Tapi bila bual pasal Ramadan, semua blank, blur tak tau nak bual pasal apa. Takde ke yang nak barukan semula hidup? Takde ke yang nak bersihkan segala dosa-dosa? Takde ke yang nak cerita pasal imam di masjid tu bagus bila melaksanakan solat tarawih, ada berzikir, ada syarahan lepas solat, bukannya pula pergi cerita imam ni kalau solat terawih laju je sekejap, tak sampai 1 jam dah habis! Tapi terus terang cakap memang ada yang mencari masjid mana atau imam mana yang buat solat tarawih paling cepat sebab nak balik tengok wrestling! Balik tengok cerita kat TV! Apa nak jadi dah?
So apa kata pada bulan Ramadan tahun ini, kita mulakan semangat baru, dari pergi RENOvate rumah, atau beli barang baru atau beli baju raya baru, kita fikirkan lah untuk RENOvate rumah untuk akhirat, baiki diri kita, tambahkan amalan kita, kejarkan pahala supaya kita senang di akhirat juga. Ingatlah bulan Ramadan ini pun datang setahun sekali bukan raya jer ye. Semoga semua yang membaca dapat melaksanakan bulan Ramadan yang sempurna, InsyaAllah.
Mat Rock pun renovate gak kena cat rumah hehe...
(tolong mak, pahala juga apaaaa...)
No comments:
Post a Comment