Tuesday, October 5

Customer No. 1 ke?

Sudah menjadi kebiasaan pelanggan seperti aku dan sesiapa sahaja bila memasuki sebuah kedai tak kira lah butik yang 'branded' ke, kedai runcit tepi jalan ke, kedai perabot antik zaman purba ke dan sebagainya. Pasti tiap kali kita masuk saje kita mengharapkan sesuatu servis yang baik contoh seperti sekurang-kurangnya kita boleh tahu harga benda yang kita nak beli, kita mudah cari benda yang kita cari.

Untuk selesaikan masalah ini selalunya disediakan papan tanda untuk setiap barangan dan juga harga pada barangan yang kita mahukan itu, jika tidak kita pasti akan rasa kurang puashati sebab perlu bertanya pada tukang penjual. Ada yang malas tanya biarkan saje, lagi rela tak beli dari buka mulut tanya tukang jual. Ada pula bukan saje rela malah sanggup soal dengan teliti mengenai barangan tersebut kepada penjual. Bila ditanya sudah pastinya kita mengharapkan jawapan yang tepat dan seharusnya penjual itu berupaya memberi segala jawapan pada soalan anda itu. Kira standard lah kan, dia jual takkan dia tak tau pasal benda yang dijual.

Disebalik 'standard' yang kita inginkan kita selalunya tahu juga dalam industry jualan ini, pelanggan no.1, pelanggan diutamakan. Jadi kita ni pun secara tidak sengaja menganggap diri kita ni berhak menyuruh dan membuat apa saje sebab kita ni pelanggan dan yang menjual ni haruslah melakukan segalanya untuk membuat kita puashati. Kita kena faham yang menjual ni bukan maid atau pembantu rumah tapi orang yang bertugas juga seperti kita mencari rezeki. Dia tahu dia harus utamakan pelanggan dan cuba memuaskan hati yang ingin membeli sebab dia telah menjalani latihan untuk menghadapi pelanggan-pelanggan seperti kita.

Timbul lah pula pandangan kurang elok terhadap orang yang bertugas seperti ini. Selalunya yang kerja jadi sales person ini adalah orang yang tidak berpendidikkan tinggi, belajar setengah jalan, hanya kerja main-main, dan selalunya ibu bapa kita menasihatkan kita suruh belajar rajin-rajin, supaya nanti tak kerja jadi salesperson atau tukang jual dimana-mana pun. Kerja yang terendah sekali lah kalau dibandingkan dalam segala pekerjaan. Maklumlah nak jadi penjual ni tak perlu banyak berfikir, tak perlu grade pelajaran yang tinggi, tak perlu susah-susah belajar tinggi pun boleh dapat kerja ni. Inilah selalunya yang kita anggap mengenai orang yang berkerja dalam bahagian sales.

Tapi kita mungkin tidak sedar bahawa kita sebagai pelanggan inginkan khidmat yang tip-top, kita mahukan layanan yang mesra, yang memuaskan hati setiap kali kita membeli belah. Khidmat yang kita inginkan itu akhirnya datang daripada orang-orang yang kita anggap tidak berpelajaran tinggi ini dan tidak mempunyai masa depan yang cerah. Kita juga yang mengharapkan khidmat mesra dari mereka. Jadi, bagaimana untuk memastikan kita boleh alami khidmat seperti itu?

Jawapannya, orang-orang yang dipandang bawahan ini semua harus menjalani latihan, menjalani peperiksaan dan juga on job training untuk bebeberpa minggu sebelum benar-benar boleh bertugas sepenuhnya sebagai seorang sales person. Maklumlah tak nak pula nanti pelanggan yang mengharapkan khidmat no.1 mendapat khidmat yang kurang macam no.2 ke.

Contoh yang aku boleh berikan, di 7-11 jer dah cukup tak perlu jauh-jauh. Setiap bulan kami ada promosi dan setiap staf perlu menghafal promosi-promosi tersebut. Jadi kita tahu jika ada promosi kita boleh cadangkan pada pelanggan untuk membeli dengan harga lebih murah. Jadi pada satu malam yang sibuk dengan ramai pelanggan, ada satu lelaki yang berpakaian ofis smart mamat ler kirakan, ingin membeli aiskrim. Promosi aiskrim ini, beli 2 perisa yang sama akan mendapat 1 lagi perisa yang sama percuma. Buy 2 get 1 free (same flavours). Dia ambil 2 aiskrim tapi yang berbeza perisa dan mengharapkan promosi juga. Staf aku cuba berkata ia hanya untuk perisa yang sama saje dia berdegil dan mereka terpaksa memanggil aku kedepan untuk menyelesaikan isu ini. Pelanggan akan rasa dirinya istimewa agaknya jika seorang senior atau manager tampil untuk melayan mereka (ini yang selalunya berlaku). Dia kata dia akan bayar lagi mahal dari harga promosi dengan berbuat demikian tapi aku terpaksa bertegas juga kerana promosi hanya untuk perisa yang sama. Dia degil juga! Kata dia bayar lagi mahal jadi aku tak rugi apa-apa. Aku pun dengan tenang berkata kita harus patuh pada promosi dan setiap barangan diambil kira. Akhirnya dia tak beli lepas tu kata aku ni bodoh, takde otak, tak belajar matematik masa sekolah dan sebagainya sebelum dia keluar dari kedai. Aku selama itu hanya senyum dan meminta maaf pada orang yang 'berpelajaran tinggi' tu.

Sekarang siapa yang tak berpelajaran tinggi? Kita yang menjual ke? Atau orang yang ingin membeli? Setiap salesperson menjalani latihan customer service, nampaknya pelanggan juga kena menjalani satu latihan iaitu salesperson service. (Adil tak?)

Oh yer... dua minggu selepas kejadian itu, pelanggan yang sama datang untuk membeli belah di kedai 7-11 aku. Mana nak pergi? 7-11 the convenient store, it's a store and more. (hehe...)

Mat Rock ucapkan selamat hari lahir untuk Ayah... semoga panjang umur, murah rezeki dan bahgia selalu...

No comments: