Monday, September 20

Jasmin Architect. Fuyooo!

Katanya kecik je tapi boleh tahan ofis beso gak hehe...

Bilik dia, lagi ler selesa abis hehe boleh pakai laptop boss (Kak Jas) nak tulis blog ni hehe jangan marah puan kita pinjam jap update blog hehehe...

Ada ke aku duk lepak depan laptop boss, dia sibuk kerja nak finalize project beso hehe. Maklumlah aku ni jemputan hehe kalau aku ni pekerja dia time sekarang ni gak ler dah kena fired hahaha.

Aku dibawanya tour around the ofis kenal-kenal ngan staf lepas tu sambung lepak kat ofis surfing di alam siber hahaha... lepak babe relek berg syiok gila duduk dalam ofis berhawa dingin ni dimasa cuaca kat luar tu panas terik hehe.

Aku pun dapat lesen dah kalau takde tempat nak lepak kat KL ni boleh lepak kat ofis akak... perghhh besh tu... camni aku dah ada tempat hangout baru hehe. Sambil aku surf ada juga aku intai-intai tengok akak ni kerja hehe. Dengar-dengar juga perbualan telipon dia juga sebab aku ni takde kemahiran architecture so dengan memerhati je lah aku boleh buat sekarang ni. Menambah ilmu selagi mampu hehe.

Dia tak perasan yang aku tengah memerhati dan mendengar pun sebab aku tengah kira khusyuk mengadap laptopnya hehe. Mat Rock pun pandai cover juga weihhh... Tangan menaip mata tengok tempat lain hehe.

Lepas melepak lama di ofis akak tu time lunch pun tiba, dia tanya lah dulu nak makan apa? Aku jawab aku tak cerewet pun apa-apa boleh je dicadangnya makan Jepun, perghh memang faveret makanan Jepun ok je hehe.

Masuk "lori" nya dan kami pun ke Alpha Angel (betul ke nama ni?) Tiba di shopping complex tu pun terus ke Mr. Tepanyaki. Perghh hehe aku tak selalu kesini tapi ok gak ler asal makanan Jepun, order makan salmon weihhh jangan jeluz sedap penuh ngan taugeh plak tu faveret aku juga haha. Sambil makan sambil borak apa yang patut ler hehe.

Lepas makan dia ajak lah pula ke bookstore MPH. Pusing dalam kedai tu terjumpa sambungan citer novel aku nak baca iaitu Anak Dara Menteri 2 oleh Matt Romeo. Apa lagi tanpa berlengan zuppp aku terus gi beli. Lepas beli pusing cari juga mana Kak Jas ni ek? Ohh masih mencari buku, nampak dia capai satu pastu kita pun keluar ler aku pun cadang memang nak balik sebab aku tau dia buzy hari ni kan aku memerhatikan dia sebelum tu jadi aku tau ler hehe.

Masa dalam "lori" dia tu aku pun diminta lah carikan pen hitam kat box depan dah jumpa dia pun tulis sesuatu kat buku tu aku tunggu je pastu buku tu dia bagi aku. Nah... happy birthday. Lerrr buku ni untuk aku rupanya ingatkan untuk siapa lah. First time dalam usia dah 26 tahun ni kan dapat hadiah buku selalunya nak buku kena beli ni orang bagi free ni hehe. Beshnya aku pun suka membaca. Bila tengok tajuk buku ni hehe macam tau je aku memang sedang menuju arah mengejar bintang. Terima kasih puan.. belanja makan, bagi lepak kat opis, bagi guna laptop, bagi buku lagi. Panjang umur jumpa lagi hehe InsyaAllah.

Sampai Bukit Bintang terus cari cyber cafe nak tambah citer atas tu hehe jangan marah sebab tak nak terlupa kenangan manis ni hehe.

Oh yer aku stay lagi satu malam di KL ni sebab aku rasa aku nak tengok PGL sekali lagi dah melepas 30min awal gila boring juga aku tak tau camne citer bermula hehe. So jangan marah kengkawan aku yang merindui aku akan kita bertemu lagi eceyyy... perasan lah pula siapa lah yang nak rindu mak ayah aku je kot hahaha.

Tak jadi tengok PGL sebab nak tengok citer omputih pula. Citer ni ada pelakon faveret aku Denzel Washington, Man on Fire fuhh kompen besh gile lah. What a way to spend your birthday in KL. A city full of memories.

Mat Rock look and learn... dan makin tua juga hehehe...

No comments: