Sunday, September 19

Happy birthday CNI & me!

Hari ini aku sambut hari lahir aku dengan CNI. Jadi kalau dah sambut sesama kenalah pergi Stadium Bukit Jalil sebab CNI sambut kat sana aku tumpang je hehe. Namun begitu ramai yang hadir tu tak tau lah tu hari lahir aku hehe siapa lah aku ni kan mat rock bukannya The Rock ke Papa Rock Ramli Sarip ke...

Sebelum aku ke Bukit Jalil tu sempat ler makan malam dengan "boss" hehe. Dia belanje makan kat Din's Cafe di Leisure Mall. First time aku jejak kaki aku masuk mall tu makan kat dalam tu hehe. Terima kasih "boss" lain kali belanje lah lagi haha.

Untuk tiket ke CNI ni pun aku masuk free sebab dapat pass dari newlyweds of the year haha. Terima kasih kepada mereka juga sebab dapatkan pass untuk aku.

Aku pergi pun nak tengok dan dengar puteri nyanyi tapi kalau dia tak sihat banyak jugalah kekurangan dia sebab susah nak lantunkan key tinggi tapi takpe dapat tengok muka boleh ler tu. Ingat sempat ler beli VCD sec week tapi tak sempat sebab sampai je terus duduk tak gi merayau cari gerai SNP. Jenuh tunggu puteri menjelma dari belakang pentas tu tapi takpe puteri punya pasal ramai yang sanggup menunggu hehe...

Selesai acara sambut hari lahir CNI dan aku (tak tau malu sambut sama hehe juga hehe tapi aku lagi tua lah dorang muda remaja lagi) terus pulang ke hotel sebab esoknya orang semua kerja hehe aku je tak kerja cuti babe, jangan marah. Esok pun ada temujanji dengan Jasmin Architect eceyyy... macam nak bisnes pula hehe bukan saje je jenguk ofis yg dikatanya oleh Kak Jas ni kecil tak percaya lah aku ofis kecil kan... ingat ofis satu bilik ke kalau syarikat arkitek ni hehe.

Oh yer paginya aku berjaya pula mengkelamkabutkan kawan-kawan aku untuk melihat citer PGL di panggung TGV hehe. Bayangkan dalam sejam nak kena jumpa aku di KLCC dan dorang belum mandi, belum pack, nak check out lagi hehe. Tapi akhirnya lewat juga sampai movie dah dalam 30min berlalu baru kita duduk dalam panggung tu hehe. PGL tidak menghampakan sebab sifu berlakon cerita dia agak slow sikit ler tapi cinematography hebat gila! Props pun boleh tahan, extrasnya punya berlambak! Memang nampak sangatlah budget movie ni besar sebesarnya!

Dah pun tambah lagi satu tahun usia aku. Adakah aku sudah berjaya mencapai cita-cita aku? Hmmm ada yang dah ada yang belum lagi tapi aku yakin, InsyaAllah aku akan usahakan ke arah impian aku. Tapi nak berjaya bukan jadi hero, kenalah macam semut tu bekerjasama mencapai kebebasan dan impian. Ada yang ingin bersama aku menuju kebebasan itu? Kalau berminat korang taulah macam mana nak contact aku hehe. Perghhh dah macam iklan lah pulak.

Aku boleh hulurkan bantuan tapi kau yang akhirnya perlu bantu dirimu juga...

Mat Rock reaching for the stars in the sky... makin tua pun juga hehe...

No comments: