Extended KL stay...
Aku kata kalau aku datang KL ni tak pernah balik tepat pada hari yang ditetapkan, dari 2 malam boleh jadi 3 atau 4 malam hehe. Jadi masa aku tulis ni pun aku masih ada di KL lagi maklumlah dah jadi kebiasaan, kota yang penuh dengan memori.

Day 1: Dum di dum... dum di dum... mana orang ni???

Day 2: Teh Siti... Teh CTea... Sila rasa bang, dik, kak, cik...
Selama aku tinggal di kota ni aku tambah lagi ler memori-memori yang cukup indah. Aku sempat membantu yang memerlukan bantuan hehe. Tapi takdelah aku ni hero ke superman je kan. Ni semua atas kerjasama lah sebab itu aku dapat membantu. Terima kasih pada tuan, puan, rakan dan taulan yang telah membuat aku selesa membantu. Mungkin aku je yang rasa tak selesa tapi aku mat rock anything goes... gasak lerr asal bahgia hehe.
Adalah juga menimba pengalaman membuka gerai seorangan pada hari ni hehe belum pernah kena buka gerai sorang-sorang, kedai-kedai sebelah pun tak buka lagi aku je yang buka dah macam lone ranger lah pula rasanya. Tapi apa boleh buat kalau nak memang tak sorang tapi faham-faham ler jam kat KL ni perghhh kalau keluar salah timing konpem overshot time temujanji tu sebab tu aku mana-mana kat KL ni tak naik teksi aku naik lrt, yang paling besh sekali jalan kaki, sampai ada member dah label aku "penjalan kaki" hehehe.
Jalan kaki tu penat ada tapi dapat tengok permandangan dengan lebih teliti ler tapi masih gak bergerak kalau naik kereta tersendat dalam jam memang nampak permandangan tapi boleh sampai muak tengok sama je tak bergerak hehehe.
Tapi korang yang membaca blog aku ni yang risaukan aku tak balik-balik lagi haaa jangan risau lah sebab lepas aku menulis ni aku akan terus naik bas pulang ke tanahair aku. Temasek menanti hehe. Lama lagi aku stay kat kota lagi ler susah nak balik jadi sebelum terjadi perkara tak balik ni kan baik aku balik, lupakan hasrat-hasrat tinggalkan semuanya supaya boleh balik dengan tenang.
Terima kasih diucapkan kepada "boss" yang menghadiahkan tuala purple (faveret warna aku ni) dan pertama kali ler orang belikan tuala hehe purple pula tu thanks alot!
Terima kasih kepada akak comeh, abang serious, adik selambe, adik rock, adik sesaje dan semua yang tak dapat nak dilabelkan hehe. (Nak tau siapa gerangan orang-orang yang dah dilabel ni? Sorry tak boleh tau sebab aku je yang tau hahaha)
Maaf pada Kak Jas sebab tak contact dia masa kat KL ni, aku rasa dia ingat aku dah balik dah hehe. Sorry sibuk meniaga teh hahaha.
Aku sampai ke tanahair pada jam 10.15mlm tersenyum sendirian mengenangkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku semasa aku di kota memori. Namun hasrat tak lagi tercapai kali ini. 5 purnama berlalu...
Kepada semua salam mesra selalu...
Mat Rock will be coming around the city again... InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment