Thursday, September 23

Balik ke realiti...

Selalunya kan lepas pulang dari bercuti ni, kita mestilah akan pulang semula ke alam realiti. Dimana kita akan hadapi semula kerja kita, stress harian yang akan dilalui hinggalah kita pergi bercuti lagi hehe.

So bermula pada malam ini aku akan mula berkerja, dan aku perlu siapkan diri dari segi mental untuk menghadapi semua tugas yang menanti. Tiada kerja yang mudah dah tiada kerja yang terlalu susah namun stress tetap ada ler kan hehe. Jadi nak start balik enjin kerja ni kena start dengan betul kalau salah step jer abis ler satu hari ni konpem semua jalan tak betul.

Semalam aku dah kena sakit tekak bila tiba hari ni pula aku kena selsema sekali hehe... mungkin dah terjangkit angin kat KL tu kot. Tapi takpe masih boleh handle yang penting makan ubat apa yang patut jangan overwork banyakkan rehat cuma die die malam ni kena kerja gak dah lama aku tinggalkan kedai tu hehe kang mengamuk paman aku tak tentu pasal susah pula aku dah bagus tu dia bagi aku pergi bercuti lama dari sepatutnya hehe.



Buku yang menjadi teman aku sekarang...


Terima kasih kepada akak yang baik hati membelikan aku buku berguna tu kini aku lebih terbuka mata dan minda untuk memastikan hari tua aku dapat hidup dengan selesa, InsyaAllah kalau panjang umur. Kata-kata nasihat Azizi Ali tak boleh di ambil ringan jadi aku akan gunakan nasihat-nasihatnya yang berguna ini. Knowledge are precious, learning is never to late for anyone.

Sempat ler juga tengok VCD Sec Week keluaran Puteri. Walaupun dah berkali ia di ulangkan semasa membantu di gerai hehe... tapi masih tak jelak lagi. Yang suka sangat waktu lagu 'Surrender'. Perghhh... meremang bulu roma dibuatnya! Sayang aku tak dapat bersama waktu tu tapi ia telah digantikan semasa konsert SNFT di Bukit Jalil. A moment to remember.

Well... dah takde cerita nak diceritakan lagi sehingga esok hari lepas aku pulang kerja harap takde lah story yang merepek malam ni.

Mat Rock back to reality... and can't wait nak bercuti lagi hehe...

No comments: