Dari Sang Merpati...

Lambang ketenangan lambang kebangkitan...
Sang Merpati... lambang keamanan, lambang ketenangan... lambang kebebasan dari segala kesusahan atau peperangan. Merpati juga lambang kelembutan, kewanitaan, kalau merpati putih ia melambangkan kesucian. Di Itali merpati itu melambangkan tangkal atau charm. Berbagai lambang yang boleh dikaitkan dengan sang merpati ni. Namun, yang baru aku tahu ia juga lambang kebangkitan di zaman medivial, zaman wujudnya legenda seperti King Arthur and the knights of the round table. Lambang kebangkitan bila merpati itu sedang melabarkan sayapnya untuk terbang ke ruang angkasa yang luas. Terbangnya tanpa batasan tanpa terikat dengan sempadan, terbangnya jauh menimba pengalaman, namun dengan tujuan, terbang ia bukan kerana suka-suka saje, ia mempunyai misi iaitu mencari sumber inspirasi, menambahkan ilmu seluas mindanya izinkan.
Seluasnya minda? Berapa luaskan minda kita? Tiada satu saintis dalam dunia ni pun dapat mengukur berapa luasnya minda kita, lebih luas dari seluruh lautan bercantum menjadi satu malah lebih luas dari angkasa dari matahari ke planet Pluto. Lebih... lebih... lebih... luar dari galaxy ini. Kehebatannya minda kita. Tak percaya? Cuma kita bayangkan apa saje... contoh seperti alam fantasi, alam yang tak pernah kita alami. Minda kita mampu membayangkan sesuatu yang belum pernah berlaku dan mungkin juga tidak akan berlaku namun minda kita boleh ke tempat itu. Boleh mengeluarkan image, bayangan adakalanya pula mengeluarkan dialog antara insan yang belum pernah berlaku tapi minda kita boleh merekanya. Lebih mengkagumkan lagi bagaimana wujudnya alam fantasi itu dalam minda kita? Luasnya minda itu...
Sebagai manusia kita sebenarnya banyak mengikuti perangai haiwan atau serangga, bukan dari satu tapi dari pelbagai jenis. Manusia sendiri mula belajar mungkin pun dari haiwan. Teknologi penerbangan, teknologi pembangunan semua kita ikut si burung yang boleh terbang jauh dengan sayapnya, si semut atau juga si cacing tanah yang kecil tapi mempunyai kelebihan sendiri untuk menggali terowong dan membina rumah di bawah tanah. Manusia yang mempunyai minda seluas luasnya diizinkan belajar dari semua haiwan ini. Jangan beranggapan bahawa kita ni pandai sangat buat apa kena belajar dari haiwan atau serangga? Kalau kita cukup prihatin kalau kita cuba ambil masa untuk seketika dari terkejarkan kerja dunia untuk melihat sikap mereka pasti ada yang kita boleh pelajari dari mahluk Allah ini.
Bermula dari merpati... terus ke minda, kemudian ke haiwan dan serangga namun semunya datang dari yang Maha Esa, Allah yang bijaksana. Apa lambang pun kita gunakan, apa haiwan atau serannga pun yang kita kaitkan diri kita ini namun semua dariNya juga. Maka padaNya datang segala penyelesaian. Mungkin kita tidak sedar bahawa apa yang kita belajar apa yang kita terima, ilmu yang memenuhi dada dan minda semua dariNya.
Semoga sesiapa yang menghadapi kekusutan, keresahan, kesusahan atau juga inginkan ketenangan, masih boleh terbang bagai merpati, terbang jauh mencari pengalaman, menimba ilmu seluasnya minda, tapi jangan lupa pada Allah yang satu.
Mat Rock rest himself... penat babe balik kerja nak tulis ni hehe...
Baru nak tulis belum kena nyanyi, pastu terbang luar negara, sakit pula tu... sikit tulis ni pun dah penat? hehe...
No comments:
Post a Comment