Ada harapan brader...
Semalam lepas aku tengok Singapore Idol nak compare dengan episod yang pertama tu aku lebih suka yang kedua ni sebab ada jugalah muka melayu yang menang dapat ke 2nd round. Namun yang aku masih tak boleh terima tu kenapa lah ramai sangat yang pergi audition tu nak jadi William Hung of Singapore? Dah tau dah mereka tu tak boleh nyanyi mereka datang gak audition. Nak kata berani tu kenalah bertempat juga ni berani ke? Rasanya lebih pada tak betul otak tu rasanya. Macam dorang ni ingat judges yang terpilih tu semua tak faham apa maksud Singapore Idol dan tak ada pengalaman gitu. Aku yang tengok ni je pun dan tak boleh tahan ketawa apa lagi kalau judges tu semua?
Duduk berjam-jam nak kena layan karenah orang-orang yang perasan nak jadi idol tapi bakat takde perghhh boleh jadi gila kalau tak boleh handle perangai orang-orang ni. Dalam beribu-ribu peserta hanya nak kena pilih 100 saje untuk ke 2nd round fuhhh hebat judges ni aku tabik spring kat dorang lah! Oh judges mereka semua ni berkaliber, Dick Lee, Florence, Douglos Olivero dan Ken. Dalam banyak-banyak judges kat sini aku respect si Ken ni sebab dia yang akan tau lebih pasal dunia hiburan dan selok belok dunio POP sebab dia director Hype Records. Yang lagi satu Dick Lee orang yang punya banyak pengalaman dalam dunia seni hiburan.
Apapun semoga yang bertanding tinggal 100 je ni akan menaikkan prestasi mereka untuk menjadi yang selected 30 saje.
Ok abis citer pasal Singapore Idol, sekarang cerita pasal 21 Ogos akan datang. Syukur atas kerja keras kawan diseberang, akhirnya dapat juga pas yang diperlukan bukan sikit tu banyak untuk 50 orang! Nasib baiklah Hotlink ni pun baik hati nak beri. Kalau tak hai kesian le yang 50 ni kalau semua bekerja takpe gak boleh beli pas tu tapi ada yang sekolah lagi ada gak yang jual anggur keke, so terima kasih pada Hotlink yang baik hati. Lagipun 50 antara beribu hehe masih ada keuntungannya juga kan, jangan marah yer hehe.
Hari ini aku tulis pagi sebab pagi ni ada masa untuk tulis selalunya memang pagi ada masa kalau dan masuk petang ke malam. Takde peluang sangat nak tulis atau bersembang online. Semalam pun aku terjumpa satu website yang menunjukkan movie menggunakan Flash. Kira animation lah kan makin aku tengok makin aku minat nak buat juga macam dorang ni buat tapi belum ada kemahirannya dan masanya. Takpe buat masa ni tengok je dulu sebagai inspirasi lah kalau dah cukup bersemangat confirm aku buat hehe. Tak pun tunggu Siti minta aku buat kot hahaha kalau dia suruh aku confirm buat punya anything for her eceyyy, macam betul je kalau dia suruh terjun dari atas KLCC tu takkan aku nak buat gak hehe gila tu namanya! Bergurau senda dipagi hari lah ni jangan marah yer...
Rock Never Die...
No comments:
Post a Comment