Monday, August 16

Dah nak dekat babe!

Makin nak dekat makin berdebar rasanya. Yelah nak dekat 21 Ogos. Boleh dikatakan perjalanan untuk kesana tidak selancar yang diinginkan, dan ada juga hadapi beberapa halangan namun InsyaAllah dapat diselesaikan. Cuma harap pada hari tu nanti ia berjalan dengan lancar.

Aku hidup tak complicated, a simple guy witha simple life. Tak terlalu kaya tak pula pape. Sederhana segala. Jadi aku fikirkan segala gerak geri aku cara yang sederhana dan simple cuma mungkin orang tak boleh nak terima kerana simple sangat sampai tak percaya aku ni terlalu mengira sebab kalau complicated aku tak mengira sangat yelah orang pun susah nak faham tapi ni mudah nak faham sepatutnya mudah dilaksanakan. Well everybody have their own weakness, I have mine also tak boleh nak salahkan orang, salahkan diri sendiri.

Sekarang ni aku sedang buzy dengan assignment sekolah dan juga menyiapkan website baru. Pasal assignment ni tak susah sangat sebab aku diberikan kebebasan untuk menggunakan kreativi sendiri. Freedom of choice to design my own assignment.

Pasal website ni, orang dah bayar aku untuk buatkan jadi harus patuh pada guideline dan citerasa klien lah. Biasalah kalau dibayar, berapa banyak aku keluarkan tak semestinya diterima. Citerasa mereka berbeza dari citerasa aku. Cuma orang tak faham ini semua. Nanti kalau mereka sendiri kena baru lah akan faham situasinya. Selalu orang yang banyak komplen atau banyak mengutuk ni tak faham situasi sebenar jadi dengan "buta"nya memberi pandangan tanpa terlebih dahulu menyiasat kenapa boleh jadi situasi ini.

Aku seperti biasa akan sentiasa memberikan terbaik untuk kerja-kerja aku. Ini prinsip yang paling penting sekali aku utamakan. Beri yang terbaik dan sejujurnya dan InsyaAllah ia berjalan lancar. Tuhan tu maha adil. Dia akan membantu orang yang membantu dirinya sendiri. Lain orang lain ragamnya, lain orang lain citerasanya.

Tempat kerja pula semalam semua berjalan lancar cuma masalahnya sekarang hujung minggu ini aku takde di kedai untuk mengawasi keadaan, adik aku sorang je kesian pula. Harap pakcik aku dapat membantu lah sikit-sikit. Hehehe.. maaf kepada adik aku, sekali sekala je abang buat macam ni. Hai takkan tak biasa lagi kan hehe. Staf kat kerja pun dah cukup faham kalau hujung minggu amik cuti mesti pergi seberang ler tu nampaknya. Oppsss... kantoi nampaknya.

Tapi takpe relek brader, rock never die...

No comments: