Start lagi nampaknya...
Dulu dulu dulu duluuuuuu... satu zaman dulu aku memang rajin ber'blogging'... apa punya bahasa ler aku pakai ni. Takpe relek ni bahasa internet cuma orang lepak kat alam siber je tau hehe. Apapun tergerak hari ni aku nak mula lagi sekali. Sekarang ni dah masuk 4 blog aku tulis tapi tak tau lah boleh kekal berapa lama keke... kalau tertiba blog ni tak bernyawa lagi tu maknanya dah malas nak tulis tak pun selalunya alasan nak bagi takde masa macam betul punya buzy lah kirakan.
Hari ini mula berlatih untuk meningkatkan stamina sebab nak rempuh lautan beribu manusia pada 21 Ogos nanti. Haaa... hari special tu! Hari aku jadi gila, jadi peminat yang tak kira orang sebelah hehe. Siap ler siapa yang diri atau duduk sebelah aku nanti masa tu kalau tak kena siku nasib ler.
Apapun tu lagi seminggu lebih nak mai jadi aku buat preparation mana yang patut lah dulu. Hari ni satu hari takde banyak kerja aku buat cuma godeh dengan design baru untuk website yang aku buatkan. Maklumlah dah nak dekat setahun dah website tu jadi kira ulangtahun dia nanti benda ni berwajah baru gitu. Kalau lah boleh siap hahaha.
Kat tempat kerja aku lak hari ni takde banyak masalah, semua cool, relek brader, rock maintain punya mood. Sempoi lah kalau bahasa kat seberang tu.
Selalunya aku chatting lah juga kat YM (lagi satu bahasa internet). Orang-orang yang aku selalu nampak online time waktu siang ni ramai sebab semua duk online kat opis. Yelah free lah katakan. Kalau online kat rumah kena bayar ye tak hehe. Aku selalu suka chat dengan akak-akak yang kat YM ni sebab dorang ni lawak pastu campur dengan penuh nasihat yang boleh aku pakai untuk masa depan lah kirakan. Kalau berbual ngan member sama usia atau yang lagi muda ahhh tau nak sakat je. Tak pun berbual pasal pujaan hati si Siti tu. Siti mana lagi? Siti Nurhaliza lerrr. Dalam dunia ni memang banyak Siti tapi dalam dunia aku satu Siti je aku ada, oppsss... haha bukan aku aku (belum penah nak aku ada mengada lak dengan dia ni haha) tapi yang kira dah chup tu nama Siti.
Kalau ada sesiapa berbual dengan aku sebut je Siti yang aku tau Siti tu lah takde Siti lain kalau ada Siti lain kena tambah sikit nama kasi panjang hehehe... Ok untuk permulaan ni aku rasa banyak songeh dah aku citer. Esok malam ni aku nak tengok Singapore Idol lak semalam lepak giler aku ketawa tengok peserta yang ntah apa apa ntah tu. Tak boleh nyanyi boleh lagi nak masuk Singapore Idol. Adusss... dia ingat aku yang tengok tv ni bodoh sangat ke tak tau nak menilai yang boleh nyanyi ke tak boleh nyanyi... Standard gua tinggi brader kalau boleh hampir hebat dengan Siti tu dah kira bagus lah kalau jauh beza kim salam sudah! Ini hidup ler ada orang suka ada orang tak, aku tak suka jangan pula frust sebab hidup ni kalau jatuh bangun ah balik takkan nak meniarap tunggu orang angkatkan babe. Tak rock ah camtu kan...
Rock Never Die...
No comments:
Post a Comment