Singapura menang Malaysia!
Singapura 6 Malaysia 5 (lepas penalty kick!)
Aku ada confession nak buat hehe, aku ikut perkembangan Singapore dalam pertandingan ASEAN FOOTBALL CHAMPIONSHIP (dulu nama Tiger Cup). Aku cuma miss 1 game je iaitu Singapore lawan Vietnam lepas tu aku tak miss 1 game pun bila lawan kat National Stadium, Alhamdulillah.

Sabtu lalu terkenang aku kembali waktu Malaysia Cup. Stadium penuh dengan penyokong! Duduk takde space kosong pun malam tu, semua sama-sama datang nak beri sokongan pada Singapore. Ramai datang berbaju merah termasuk lah aku sekali hehe. Sabtu lalu, ada Kallang Wave (lagi gerek dari National Day), ada sorakkan OLE OLE OLE, ada hentakkan kaki (nasib tak romboh National Stadium), ada jeritan Refree Kayu!, ada jeritan BUT** gak wahaha! (yang ni memang tak boleh elak). Nasib ler sesiapa bawa anak-anak kecil tengok bola terpaksa endure haha. Apapun ia satu kenangan yang lagi manis sebab Singapore menang!
Malaysian supporter yang datang pun tak boleh buat apa-apa sebab totally outnumbered lah kirakan, apa-apa sorakkan semua tenggelam. Masa di Shah Alam tiket diturunkan harga tak boleh penuh, 30 000 je datang, Kallang tak payah turun kan harga penuh sampai 55 000 orang hehe. Aku dapat tau FAS naikkan harga galleri $7 ($1 tambah je) alaaa aku tak kisah pun, sebab FINALS brader mahal sket no problem confirm datang juga! Penuh tak penuh tu terpulang pada korang yang baca, kalau setakat baca je tak boleh rasa suasananya, kena datang tengok sendiri dan alaminya haha.
So apa kata, korang datang hari rabu ni tengok Singapore lawan Thailand, confirm best punya match walapun Thailand tu favourite team tapi aku percaya Singapore boleh bagi sebiji dua kat dorang ni. Jangan tunggu last minute nanti macam Sabtu lalu, tiket sold out gigit jari je kat luar hehe.
Oh ya, aku ada petik gambar sket ngan video sekali masa Sabtu lalu kasi korang lagi bingit sebab tak pegi tengok wahaha. Kalau ada yang nak tengok ngan aku silakan SMS atau DIRECT CALL ok hehe boleh kita sorak sama-sama!
Nyanyi Majulah Singapura!
Mat Rock rasa happy-happy, yang tak tengok kat stadium sabtu lalu, datang lah rabu ni!
No comments:
Post a Comment