Saturday, July 8

Kelembutan untuk wanita...

Harus lah korang mat rockers di luar sana ketahui bahawa kemlembutan itu amat penting bila dalam sebuah perbincangan dengan seorang wanita. Kenapa ia harus diberi kelembutan?

Teori yang ingin aku berikan ini cukup mudah untuk difahami kerana aku selalu menggunakan kelembutan pada wanita, dengan itu perhubungan yang terjalin amat bermakna dan berkekalan.

Cuba aku beri satu senario yang ringkas untuk renungan, bayangkan lah satu hari kau sedang duduk berbual dengan seorang wanita, kau ingin sekali mendapatkan sebuah maklumat darinya, adakah kau akan dapat maklumat itu dengan cara paksa, cara berkasar atau cara lembut?

Perbualan harus lah dilakukan dengan nada suara yang rendah, jawapan perlukan dijawab dengan beralas bukan main hembus sesuka hati korang je. Intonansi suara juga perlulah berlagu bukan lagu rock tapi kalau boleh lagu sentimental bukan sentimentel yer :) Jika di amalkan ini, InsyaAllah dapat lah maklumat yang diperlukan itu.

Seperti yang aku alami baru-baru ini, maklumat yang mungkin orang sekaum pun tak tahu aku dapat tahu sebab kelembutan itu adalah khas untuk kaum wanita.

Kalau kita berlembut, pastinya dibalas dengan kelembutan (Ingat! Untuk wanita khasnya.)

So braders... pandai-pandai lah berlembut depan wanita. Bertenang jangan nak tekan minyak je sebab wanita pun dorang boleh tekan minyak juga bukan robot yek :)

Mat Rock tahu maklumat yang berguna semalam hehe :) Thanks!

No comments: