Jenis-jenis Manja
Tahu tak korang yang manja ini ada macam-macam jenis, macam-macam level? Haaa... mungkin korang tak perasan lah tapi bagi aku, aku ada different level of manja.
Contohnya: (dari tahap bawah ke tahap atas)
Manja Melampau (Meluat)
Kategori manja ini adalah yang terbawah sekali kerana seseorang itu bersikap manja namun ia tidak berjaya. Macam lawak bodoh, ada juga manja bodoh. Cuba sedaya upayanya untuk bermanja namun ia meluatkan sebenarnya cuma biasalah selalu orang tak nak tegur dia ni meluat jadi boleh digunakan manja melampau. Jadi kalau boleh cuba lah elak masuk dalam kategori ini sebab orang akan cuba mengelak perangai seperti ini, kalau boleh tak nak layan lah. Jangan marah... :)
Manja Mentel
Untuk manja yang level ni, orangnya memang manja, suka bermanja namun manjanya lebih sesuai untuk orang yang suka bergesel-gesel, bersentuh-sentuh untuk mula bermanja mana itulah ia diberi nama manja mental, tahap ini sudah boleh diterima orang namun perlu ikut keadaanlah kalau bila orang tengah takde mood kena manja mentel abis boleh cari gaduh brade! Jadi nak bermanja mental ini berpada-pada lah ye :)
Manja Manja
Manja yang sebegini ada terdapat dalam kebanyakkan gadis, ia adalah manja yang cukup dan tak over the top. Manja ini sering kali digunakan, common level lah kirakan manja ni. Kalau aku terlitas gadis yang manja seperti ini, aku boleh terima lah sebab gadis biasalah suka bermanja dan dimanjakan (hehe).
Manja Tak Bleh Angkat (TBA)
Tak boleh angkat! Ini manja danger sikit, manja seperti ini boleh menjejas fikiran kita kerana gadis yang manja TBA ini tak ramai (nasib baik). Manja ini segala apa yang dia lakukan tak kira marah, geram, gembira, nangis, merajuk semua ada ciri-ciri manja hehe. Sampai ke tahap kalau dia berubah wajah atau tonansi suara saje dah boleh buat orang lain rasa gelabah atau cuba untuk memujuk walau padahal dia hanya setakat mengeluh saja. Bahaya brade manja macam ni, kalau tak pandai handle boleh penat sey!
Ini lah dia tahap-tahap manja yang aku berikan, kalau korang ada lagi kategori manja yang nak tambah silakan lah tulis dalam komen tu ye! Gadis-gadis diluar sana tahap manja manakah kalian berada? Atau tahap mana yang kalian inginkan?
Mat Rockers yang lain diluar sana, marilah kita beri kesedaran buat mereka yang disayangi tahap manja manakah mereka berada jadi boleh lah berdamai dan bermesra ye :)
Mat Rock suka manjakan wanita namun bukan semua wanita boleh terima kemanjaan yang diberi hehehe :)
No comments:
Post a Comment