Elite Seben Eleben!
Stylo ek kalau kita ni jadi elite group of sesuatu tempat atau organisasi lah kan tapi kalau nak jadi elite pun biar bertempat lah kan. Hehehe sekarang ni aku dan lagi 5 staff lain dah jadi elite of seben eleben... mungkin nak tau lah juga camne boleh jadi elite ye tak? Well...

Cuba bayangkan. Satu hari perlu 5 staff, 1 pagi, 2 petang dan 2 malam. Satu shift 8 jam. Jadi kalau difikirkan 8 kali 5 untuk satu hari iaitu 40 jam. Seminggu ermmm... 280 jam! Sekarang ada 6 staff je kat kedai tu sebab apa? Sebab paman aku ni sejak ada manager baru dia main turut je buang-buang pekerja yang tak up to standard cuma masalahnya yang buang ramai yang masuk takde lagi hehe. So dari 10 jadi 6 jer staff termasuk aku yang sekarang ni yang malang nasibnya nak tak nak kena jadi elite gak sebab takkan Big Boss (paman) tu kerja aku relek ye tak? So 260 bagi 6 staff satu orang kerja about 47 hours which is 6 days each. Cuma masalahnya 6 hari seminggu tu macam biasa je dengar kan?
Belum abis lagi.. ada pula tu minta off dua hari (macam aku hehe), ada pula yang minta off 4 hari so yang dapat off tu kerja dorang tolak ler pada yang tak minta off so nak pendek citer ni aku kena kerja 5 hari je sebab kalau kerja lebih tu nampak gaya aku suruh paman aku yang tak kerja tu datang bayar school fees aku pastu biar dia je pi amik course tu amik test aku hehe. 5 hari kerja malam dalam 5 hari tu 2 hari aku kerja 12 jam dari 7mlm-7pagi amacam? Gerek kan? Elite Seben Eleben ni tak boleh nak dapat kat mana-mana pun! Kakaka... memang padan ler muka aku. Hai ni dah memang kes mendara kami kumpulan elite ni hehehe.
Mama aku dia mengomel tak abis-abis bila tau aku kena kerja camni sebab dia bising aku ada assignment sekolah nak buat. Aku kerja ni tolong paman tu tolong juga tapi kalau dah menjejas kerja sekolah camne? Hai mama ku... aku stuck kat tengah dah sekarang. Kalau aku kata tak boleh kerja abis ler siapa lagi nak ganti tempat aku? So apa boleh buat mengomel jelah aku dengar tapi kerja tetap kerja. Sekolah tetap sekolah jadi kalau blog ni macam tak bergerak je tu maknanya aku tengah tido seberapa banyak aku boleh atau tengan buzy tahap maksima sampai tak sempat nak bercerita keke. Jangan rindu aku yer nak rindu kat puteri tu takpe sebab dia layak dirundui bukan aku hahaha. (Sape nak komen pasal "tak rindu aku pun" lupakan saje sebab memang aku tau ada yang akan komen punya hahaha!)
Sabo buat bertenang kan ku kata sabo jelah dengan aku ni hehe.
Mat Rock never die dan never sleep kakaka...
No comments:
Post a Comment