Friday, September 10

Berdarah Lagi...

Maaf pagi ini aku dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan hati. Mengapa kurang senang? Kerana aku punya teman-teman yang berada di ibukota Jakarta. Teman-teman aku yang telah aku kenal lebih dari setahun lalu. Jadi apa yang terjadi disana walaupun dipisahkan beribu batu namun akan terasa oleh aku yang berada di kota Temasek ini.

Aku betul-betul kutuk kejadian yang berlaku disana, tak tau apa lagi yang lebih buruk nak dikatakan mengenai kejadian ini tapi ia adalah kelakuan yang terkutuk sekali dalam dunia hinggalah ke akhirat. Maaf jika ada yang tersinggung namun ini adalah kenyataannya.


Tidak sanggup aku melihat Jakarta berdarah atau dimana-mana kota sekalipun kerana Islam yang tersesat pengertiannya.

Aku berdoa dibulan Rejab yang penuh berkat ini semoga teman-teman ku di Indonesia terutama sekali yang terdekat dengan kejadian ini iaitu di Jakarta semoga mereka selamat menjalani kehidupan seharian mereka. Semoga mereka dapat membuka mata pada pengkhianat ini semua bahawa Indonesia akan lebih berjaya dan makmur tanpa campur tangan pengkhianat yang menimba ilmu tanpa berfikir, percaya tanpa kewarasan, bersumpah pada yang salah, kerana Islam sebenarnya bersikap penyayang dan pendamai.

Semoga mereka yang tersesat ini diberikan petunjuk semoga mereke sedar atas kesilapan mereka, InsyaAllah.

Semoga Puteri dan rombongannya juga selamat disana dan pulang... Amin.

Mat Chiller, ini nickname baru aku, sebab kerja aku sekarang jaga chiller. Kalau chiller kotor, tunggang langgang aku yang kena bersihkan. Kalau chiller kosong aku kena order barang yang diperlukan. Chiller itu chiller ini semua chiller hahaha chiller itu aku yang punya! Amik ko! So kalau sesiapa yang rajin sangat nak jenguk-jenguk kedai aku (paman aku) jangan kotorkan rumah kedua aku iaitu chiller aku hehehe. Best kerja dalam chiller ni sebab sejuk gila! Sejuk 6 degree selsius weihhh! Dah macam kat Europe rasanya babe! Perghhh masuk kena pakai baju sejuk kakaka. Aku jelah yang layak untuk pakai sebab yang lain tu jeluz tengok je tak boleh pakai sebab kat luar tu sejuk tahap Genting Highland je kekeke.

*Buat yang tak tau chiller tu apa, ia adalah store room esbok / bilik stor peti ais tempat simpan air tempat korang pilih air mana nak beli kat seben eleben tu lerrr hehe.

Tapi apapun selama aku tak tulis ni sebab aku sibuk kerja dengan abiskan assignment ler. Sorry haaa pada orang yang minta bantuan tu tapi tak dapat aku nak tolong sebab aku pun tak online dah hehe. Apapun semoga yang meminta bantuan tu dapat menyelesaikan masalahnya lah yek. Tak selesai pun ko selesaikan lah hehe.

Puteri ada di Jogja sekarang ni bersiap-siap untuk berkonsert hai... aku yang kat sini risau tak tentu pasal tapi aku tau authority kat sana kalau kata ok maknanya ok lah kan kalau tak boleh dah memang dibatalkan konsert tu tapi so far Alhamdulillah masih diteruskan jadualnya di Jogjakarta. Semoga segalanya selamat dan peminat-peminatnya disana tercapai impian mereka untuk melihat dia secara 'live' mendengar suara secara 'live' fuhhh mesti best. InsyaAllah.

Mat Rock penat tahap rock tergolek dari Gunung Everest...

No comments: