Bengkel Anugerah 2007
Bengkel Anugerah 2007 yang diusahakan oleh QRIOS.SG Pte Ltd ini akan diadakan di QUEENSTOWN COMMUNITY CENTRE, THEATRETTE, Commonwealth Avenue, pada tanggal 28 Januari 2007, dari jam 2:00 petang hingga 5.00 petang. Turut menjayakan bengkel ini adalah penyanyi-penyanyi tempatan yang bakal berkongsi dan berbincang bersama peserta bengkel akan teknik dan cara mereka menyanyi dan membuat persembahan.
Antara barisan penyanyi yang bakal ditampilkan di Bengkel Anugerah 2007 ialah peserta-peserta Anugerah, Hyrul Anuar, Fauzie Laily, Fuad Rahman, Elfaeza ul Haq dan Norfasarie. Mereka turut disertai dengan penampilan khas oleh Ali Anugerah yang akan berkongsi pengalaman beliau dalam pertandingan ini.
Menurut Irwan lagi, dengan penyertaan Ali di dalam Bengkel Vokal ini, beliau sedikit sebanyak akan menyentuh tentang soal keyakinan diri, keperibadian, penampilan dan tatarias seseorang itu apabila berada di atas pentas.
“Sekiranya kita ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bakat-bakat seperti di Malaysia dan Indonesia, maka sudah tiba masanya, kita didik dan sematkan nilai-nilai persembahan yang positif dalam bakat-bakat tempatan kita.”
Harga Tiket: $28
Ticket Venue: QRIOS Office, 34 Craig Rd, Chinatown Plaza, #B1-05/A
Untuk mengikuti bengkel ini, sila hubungi QRIOS.SG di 6226 0662 dari 12 tengahari hingga 8 malam atau email kami di bengkel@qrios.sg. Spread the word!
Promo banner (www.qrios.sg):
Mat Rock harap ramai perserta yang berminat untuk bengkel ini... Spread the word!
No comments:
Post a Comment