Friday, December 15

Koleksi Lama

Ramai berkata berulang kali
Sering ku dengar sehingga ku terlena
Mungkin aku tidak siuman
Mencintaimu tanpa mengharapkan balasan
Kau juga bukan sempurna
Namun kata-kata itu hanya kata-kata
Bila aku bersamamu

Jika cinta itu buta
Aku tidak buta terhadapmu
Kerana aku tidak dapat melihat
Jika aku tidak bersamamu

Jika cinta itu buta
Aku tidak buta terhadapmu
Apa guna kata-kata mereka
Jika aku yang salah
Biar aku saja yang bersalah

Jika cinta itu buta
Aku tidak buta terhadapmu
Kau tidak akan ada disisiku malam ini
Jika aku rasa aku yang salah
Apa gunanya lagi kata-kata itu semua
Bila kita bersama
- 23rd February 2003

Kegelapan dihadapan aku teruskan juga...
Adakah setiap langkah selamat hanya berserah...
Aku yakinkan diri sebagai penerang hati...
Semoga cahayanya menerangi perjalanan ini...
Diiringi dengan berkat doa pada Illahi...
Aku pasti dihujung jalan impianku menanti...

Serpihan kaca bertaburan memenuhi perjalanan...
Langkah aku berhati-hati juga menahan kesakitan...
Namun aku percaya dapat aku selesaikan...
Kaca bertaburan dijalanan menjadi intan berkilauan...
Akan aku kutip satu persatu sebagai kenangan...
Sebagai pengajaran sebagai tauladan dan sempadan...
- 5th February 2003

Pernah aku menilai...
Pernah aku dinilai...
Tiada hasrat untuk menyakiti
Tersentuh hati dilukai
Adanya kurang untuk memahami...

Namun peluang kembali diberi...
Setelah berbicara hati ke hati...
Walau sepahit hempedu dirasai...
Kembali semula walau dicemari...
Apa yang berlaku biar menjadi...

Menjadi pengajaran pembekal diri...
- 31st January 2003

Aku pulang dengan kebenaran,
aku pulang dengan kebahgiaan...
Aku bawa bersamaku kenangan,
aku bawa bersamaku keyakinan...
Keyakinan bahawa apa yang terjalin pada suatu ketika dahulu,
masih lagi bertaut erat, masih lagi berikat ketat...

Keceriaan wajah² menyeri setiap pandanganku...
Walaupun mungkin ada yang dalam kesusahan,
Namun pada hari² aku disini,
kepayahan dimudahkan, kepahitan dimaniskan...
Aku terharu dengan kesediaan dan keperihatinan yang diberikan...

Kepada yang telah bersama-sama aku...
ketika aku berada di negara ini,
negara yang pernah melihat aku dibesarkan...
Aku ucapkan jutaan terima kasih...
kepada kalian, insan² yang sentiasa dalam ingatan...
Walau jauh dipadangan mata, namun tetap dekat dihati...
Sehingga kita bersua lagi...
- 13th January 2003

Seperti dibelit sawa hati tersepit merana
Terpaksa berpura walau hakikatnya berbeza...
Seksa... diseksa
Ingin saja melarikan diri namun masih berdiri....
Mengharapkan takdir mengubah segala
Masih berdiri menanti...
Ingin di tanam sedalam bumi memberi
Namun jauh di jiwa ia mekar mewangi segar berseri...

Peritnya yang menanggung di sudut hati dia disayang
apakan daya berderai atas kecewa dilupa begitu saja...
Sayang kita harus bersandiwara...
Mulanya jika berjujur tidak berlakunya peristiwa
melihat harapan hancur...
Namun jangan terpedaya kerana di satu ketika
kita pernah terasa...
Pernah jatuh cinta...
- 30th November 2002

Kenapa adanya rindu?
Rindu hadir tanpa diseru...
Datangnya diwaktu sepi, seorang diri...
Tidak mengira tempat dan waktu...
Wajah yang dirindu berada diingatan... Selalu...

Kenapa merindu?
Sebak dihati memikirkan yang dirindu...
Pilu bertandang hati menjadi sayu...
Ingin sekali bertemu walau untuk seketika,
sekilas wajah, sepatah kata, sejeling manja...

Apa perlu rindu?
Cekalkan hati, titisan airmata ditahan..
Kenangan bersama menjadi kekuatan...
Kekukuhan talian keikhlasan diuji...
Berjaya jika tabah menghadapi...
- 28th November 2002

Rindu aku merindu, merindu pada semua...
Syukur aku bersyukur, beryukur pada yang Esa...
Aku diberikan peluang bersua walaupun bersua bila ada masa...
Aku diberikan peluang bertanya khabar walaupun khabar ditanya sekali sekala...
- 28th October 2002

Dari dalam diri aku berikan...
Segalanya bermula dari impian...
Hanya masa yang akan menentukan...
Segala yang aku beri menjadi kenyataan...

Sayang sekali aku tidak mula dari dulu...
Kerana aku dulu buta dan bisu...
Impian ini membangkitkan aku...
Aku kini aku yang baru aku ingin maju...

Namun perjalan tidaklah elok sentiasa...
Dugaan sentiada datang melanda...
Inilah cabaran diberi olehNya...
Jika aku berjaya... Impian menjadi kenyataan akhirnya...
- 23rd October 2002

Aku tidak tahu mengapa tiba-tiba kau berkelakuan begitu...
Bukan aku memaksa, bukan aku sengaja...
Aku tahu walau berjuta perkataan, beribu puisi,
beratus luahan aku sampaikan... tak dapat memulihkan keadaan ini...
Hanya keampunan yang aku inginkan darimu...

Aku manusia... mungkin aku salah sangka... dan mungkin aku tidak...
- 1st July 2002

Mat Rock dah kumpul semua jadi senang untuk baca semula hehe...

No comments: