1st entry in December
Ini entry aku yang pertama untuk bulan December, sebenarnya banyak yang berlaku dalam bulan ini cuma masa takde untuk aku catitkan dalam blog ni. Hmmm... Ramai kawan2 aku yang kahwin pada hujung minggu. Baru saje lepas Ahad lalu ialah Norafidah @ Fidah. 1 antara 3 gadis dalam workheART. Aku dan abg wan diminta untuk handle soundsystem untuk majlis ini selama dua hari.
Hari Sabtu was a dinner event, adalah kirakan programme line up yang perlu dijaga, apa lagu nak dimainkan dan sebagainya. Imran juga turut menyumbangkan 2 lagu pada malam itu. Sebenarnya ini kali pertama aku jaga sound untuk majlis perkahwinan haha. Namun ini bukan pertama kali aku menggunakan sound console yang ada di situ. Aku hanya perlu refresher course dari abg wan dan Alhamdulillah aku dapat handle console tersebut cuma bila part live singing je baru abg wan take over sebab dia nak equalize suara penyanyi yang terlibat. Untuk ini aku perlu pelajari lebih teliti lah nampaknya haha.
Apapun bila Ahad bermula, aku terjumpa salah seorang kawan di Friendster iaitu Aisyah. Jadi kendarat rupanya hari tu haha. Tak sempat nak bertegur sape sebab aku di console dan dia di bahagian dekat dengan dapur. Kerja kami berdua pada Ahad itu ialah putarkan lagu-lagu yang telah dipilih oleh Raudha (semua lagu faveret dia je!), tiba-tiba Mak Long minta lagu lama, Cik Yasin pula tanya takde lagu-lagu lama ke? Haha jawab Odah jawab! Wahaha!
Apapun tugas hari tu agak mendak bagi aku, nasib baik tak terlelap pat console haha, apapun majlis berjalan dengan lancar Alhamdulillah. Terima kasih workheART bagi kami peluang lagi untuk menyerikan majlis haha ermmmm berseri ke? Ntah lah janji berjalan lancar cukup lah hehe.
Mat Rock dah boleh tumpu pada website-website yang tergendala selama ini, InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment