Wednesday, November 1

QRIOS.SG Office


Semalam aku dan Abg Wan ambil kunci office kami (QRIOS.SG Pte Ltd) di Criag Road, Chinatown Plaza, Basement 1. Inilah office kami yang boleh kami teruskan impian dan cita-cita. Hajat aku untuk ada office sendiri sudah pun tercapai dengan bantuan sahabat-sahabat aku. Kami sama hala tuju dan inilah langkah pertama setelah setahun bersama.

QRIOS.SG yang terdiri dari 4 sahabat iaitu, aku, Irwan Mahpoel, Zulina Karim dan juga Elfeeza Ul-Haq. Masing-masing mempunyai kemahiran sendiri, maka tertubuhnya syarikat ini. Aku cuma boleh berusaha dan berdoa semoga segalanya berjalan lancar dan sempurna, InsyaAllah.

Khidmat yang disediakan adalah media & events production, multimedia and graphics design serta satu lagi kemahiran kami iaitu perfoming arts courses and trainings. Semua ini dalam satu bumbung. Alhamdulillah.

Maaf lah dengan kesibukkan aku ni, sampai website syarikat pun tertunda tak siap lagi hehe. Confirm mengamuk dorang ni. Aku cuba siapkan secepat mungkin. Keje kalau kelam kabut ni boleh tapi tak puas nanti.

Apapun... websitenya disini: QRIOS.SG

Mat Rock cat ofis hari ni... wohooo! Blew karer :)

2 comments:

Anonymous said...

Selamat Berjaya... ada pun teman aku yang buka bussiness sendiri.

MatRock said...

Terima kasih bro, InsyaAllah dengan berkat doa korang akan diusahakan untuk berjaya...