Saturday, November 18

Eka Story @ Esplanade


Dengan tak disangka aku terlibat juga dalam Pesta Raya tahun ini untuk acara Kisah Eka (Eka Story) yang berlangsung semalam di Recital Studio. Aku ditugaskan design visual backdrop pada projector untuk acara ini dan juga aku di"campak" untuk menggunakan video mixer (pertama kali sentuh benda ni) so aku kena crash course dalam 1/2jam oleh technical crew disana (Asri aku rasa namanya).

Lepas dia ajar aku basic handling dia cakap, "Ok bro, I have to go somewhere else, this is your show! Kau handle ni semua ok." Dalam hati dah ketawa golek2 dah. Ah yelah 1/2jam ajar pastu aku nak kena handle ni video mixer sendiri hehe gasak le!


Nasib gak ada sound engineer pat sebelah iaitu Kamil, dia yang jenguk2 pat console aku. Very helpful people around. Sebab ini aku pun tak rasa kanchiong lah walaupun ini kali pertama aku pat Esplanade dan guna video mixer :) Thanks tech crews disana!

Aku ada masa dari 2.30ptg hingga 6.30ptg untuk reherse dan get use to the machine. Alhamdulillah so far so good cuma waktu rehersal pertama aku blur sket sampai buat Eka dan Mayuni risau wahahaha. Tapi second rehersal dah ok dah phew...

5 mins before the show, floor manager pergi pat semua station bagitau kita "holding the house in 5mins" aku ingat apa benda lah holding the house tu rupanya nak kasi penonton masuk in 5mins haha! First time brader ni semua pengalaman baru untuk aku.

Bila show start, kira nak dekat penuh juga Recital Studio tu. Dalam 3/4 full, boleh tahan sambutannya. Considering it's a paying crowd yang aku selalunya macam rasa orang kita tak suka pergi nak free show je haha. Jangan marah sebab dah banyak tengok event yang dibuat sambutannya hampeh. The show runs smoothly, lega aku, Eka dan Mayuni pun lega. Aku bersalam dan ucap terima kasih pada tech crew, Kamil kalau mulut kau masin aku akan kesana lagi haha!



During show takde masa nak amik gambar, lepas show tak sempat amik gambar so sampai sini je gambar yang aku dapat petik dari handphone aku yang tak seberapa ni hehe :)

Thank you Eka and Mayuni for the opportunity! Lain kali nama jangan salah kasi lagi haha! It's double R bro. Had a blast and a rush wahahaha! Well QRIOS.SG next time will be ours :) InsyaAllah!

Mat Rock bersyukur atas kemudahan dan kesempatan yang diberi olehNya.

2 comments:

Anonymous said...

Bro, tahniah kerana diberi tugasan untuk konsert Eka. Sambutan macam menggalakkan. Aku tak pergi ler... hehe. Anyway, ada project lain ke untuk ko ke Esplanade lagi? Konsert sape lak?

MatRock said...

Hey thanks bro! Yup suprised with the attendance gak hehe.

So far belum ada lagi lah tapi akan usaha ke arah itu :) InsyaAllah.