Kerja last minute...
Title yang aku beri ini sudah boleh buat beberapa orang bingit dengan aku sebab aku selalu diberi tugas last minute. Siapa yang baca ayat pertama ni tahu lah diri masing-masing yer (hehe... chill jangan marah baca dulu).
Dulu aku orang yang sebenarnya suka buat kerja last minute. Masa sekolah dulu pun belajar last minute tapi disebabkan selalunya result yang sering kali setengah maut (cari pasal penangan ayah aku) maka kerja last minute ni aku tak gemarlah sekarang.
Namun secara realitinya manusia suka berubah fikiran, suka chill, relek (macam mat rock) fikirkan masa tu panjang lagi walaupun ada lagi 1 atau 2 hari dateline masih nak main-main atau buat kerja-kerja lain yang tak berfaedah (hehe...). Makanya syndrom kerja last minute ini takkan berkahir hinggalah keakhir zaman.
Jadi aku sedar bahawa aku harus sentiasa bersedia untuk terima kerja-kerja sebegini rupa lebih lagi bila aku terlibat dalam bidang grafik yang sering kalinya diberi kurang perhatian ingatkan idea kreatif itu boleh datang bergolek macam Jack and Jill that went up the hill tu! Tapi apa boleh buat kerja last minute selalunya hasil yang kureng memuaskan serious punya cakap ni. Usually it won't be the best of your work. Selalunya it's the best you can offer in a short time heheh jadi jangan fikirkan bahawa it's your best work lah ye.
Kerja tetap kerja sebab ia adalah rezki aku, jadi kalau ada yang dengar aku complain ke, membebel ke, mengomel ke (mulut tak reti nak diam), beri "that look" ke, tu biarkan lah saje sebab yang pasti kerja akan siap bila diperlukan.
Aku harap takde yang kecik hati dengan topik ini sebab ini topik yang luas juga siapalah yang suka kerja last minute betul tak kan? kan? :)
Mat Rock tinggalkan blog seminggu lagi...
Jaga diri baik-baik kepada semua yang aku kenal :)
No comments:
Post a Comment