Sunday, June 25

Hati orang... Hati aku?

Hati... satu perkataan yang amat sensitif dan sering digunakan oleh orang yang berhati-hati (hehe). Hati bila digabungkan dengan perkataan lain boleh dijadikan pelbagai makna contohnya:

Makan hati
Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

Sakit hati
Geram melihat kelakuan, perangai orang lain.

Tak berhati perut
Orang yang tidak ambil kisah tentang apa orang lain rasakan.

Berhati-hati
Kalau tulis blog kena berhati-hati takut ada orang makan hati, kemudian sakit hati dan memberitau orang lain yang penulis ini tidak berhati perut :)

Inilah contoh-contoh ringkas yang boleh aku berikan namun aku percaya orang Melayu selalunya akan bersikap sopan, dan tertib maka sering kali membuat sesuatu perkara akan memikirkan hati orang lain supaya tak termakan hati. Sebab selalunya orang Melayu dia berhati perut.

Jadi kita selalunya tidak akan menyakiti hati orang lain, tetapi adakalanya kita terlupa lah, mungkin sebab perasaan gembira yang teramat sangat, tengah anggau bercinta yang buta sangat, tengah bersedih yang pasrah sangat dah lain-lain lagi. Maka ia menjejas hati kita untuk berkata, "EH! Relek orang lain OK ke aku buat macam ni?"

Maka itulah timbulnya rasa kecewa dihati... Bila timbul kecewa dihati mula lah timbul pula rasa patah hati (hahaha) apapun aku sebagai insan yang lemah, dan adakalanya gagah akan berfikiran rasional. Dari situlah timbul kelegaan dihati dan aku berbesar hati untuk menerima segala alasan yang diberi :)

Cakap pasal hati orang je, hati sendiri siapa yang layan?
Seperti kata seorang akak yang aku kenali, "Dah berbelas tahun aku bersuami, takde pun dia nak pujuk aku", ini maknanya kena layan lah hati sendiri ye :) Jangan marah, ada orang tak reti memujuk namun kasih sayang itu kekal abadi dihati tidak boleh nampak oleh mata atau dengar orang telinga :)

Mat Rock harap pandai-pandai lah jaga hati sesama insan, kerana hati itu suatu perkataan yang cukup versatile, satu masa boleh OK dan dalam sekelip mata boleh KO! :)

No comments: