Saturday, June 17

Gadis Melayu. Ada lagi ke?

Kalau dilihat sekeliling dalam kota Singa ni, aku boleh katakan memang ramai gadis, tapi gadis melayu aku rasa sudah tak ramai lagi dalam kota ini. Bukan saja di kota Singa namun di kota KL pun aku rasa dah makin berkurangan.

Apa yang dimaksudkan sebagai gadis Melayu? Banyak kiteria yang akan dibentangkan jika ditanya kepada jejaka-jejaka Melayu (yang masih pertahankan gadis Melayu) contohnya, gadis melayu mesti nak bersopan santun, berbaju kurung, rambut panjang, lemah gemalai, mengerti apa itu kasih sayang, pandai jaga diri dan lain-lain lagi.

Namun bagi aku mudah saja, yang penting untuk gadis Melayu ialah yang pandai menghormati orang tua dan bersopan santun. Namun dua kiteria ini amat susah dilakukan sekali dimasa kini. Contohnya, disebabkan budaya barat yang berleluasa, hormat pada orang tua sudah makin berkurangan malah menghormati kawan-kawan boleh menjadi lebih penting dalam hidup mereka. Come on lah, kalau nak ikut pun jangan adat dilupa kalau nak ikut pun jangan sampai lupa orang tua.

Bab bersopan santun pula, yang ni confirm nak abis dan hampir pupus juga. Gadis-gadis sekarang kalau cakap dah tak pandai beralas, main hembus je suka hati dorang lah asal dorang happy tapi hati orang lain dorang tak fikirkan. Nak step gangster, step garang, step emo, macam-macam step nak ditunjukkan tapi step sopan santun dah lupa dah. Depan orang lebih tua dah tak reti nak beri salam, dah tak reti nak jaga tutur bahasa. Apa boleh buat semua dah step western, kalau nak step western sangat pindah je kat US ke Eropah ke, aku rasa dorang kat sana pun tak step macam budak-budak sekarang ni. Tapi apakan daya nak pergi US semua tu tak mampu maklumlah step je western tapi duit takde masih harapkan mak bapak tak pun pelajaran tak kemana sebab step pandai kalau pergi US pun tak boleh diterima.

Sebenarnya tak boleh nak kata semua gadis kat kota Singa ni macam yang aku tulis kat atas tu cuma sudah makin banyak yang macam tu aku pun tak boleh kata jejaka-jejaka kat Singapore ni semua baik-baik belaka. Ramai juga yang semua dah step western, dah lupa yang diri tu asal usulnya orang Melayu. Ini semua kerana atas didikan yang berkurangan dari ibu bapa. Seorang anak itu dibesarkan dirumah, jadi ibu bapa adalah orang-orang yang penting untuk mendidik anak-anak mereka. Jangan sibuk dengan kerja anak entah kemana.

Kalau berkawan pun, tak semua kawan-kawan yang step western, ada kawan yang boleh dibuat contoh yang baik, tapi yang peliknya yang cool, step western juga menjadi gilaan atau mendapat perhatian. Haiz, apa boleh buat muda-muda semua nak cuba, tak salah untuk mencuba tapi jangan cuba sampai terlupa. Jadi sentiasa lah ingat bahawa kita ini orang Melayu, gadis Melayu, jejaka Melayu, ada adat yang bersopan santun dan hormat pada orang tua.

Aku harap topik ini tidak lah buat orang yang makan cili tu terasa pedas sebab aku hanya ingin memberi kenyataan yang aku lihat dari mata aku sendiri tiap hari aku keluar dari rumah untuk ke destinasi yang ditujui. Kanan kiri aku toleh ada je yang buat aku rindukan gadis Melayu. Bukan aku berfikiran kuno cuma aku inginkan gadis Melayu tidak hilang di dunia lebih lagi di kota Singa.

Mat Rock tak suka pada title gadis Melayu terakhir digunakan kerana tahu gadis Melayu masih banyak lagi. Nak juga tengok gadis-gadis Melayu pakai baju kurung dihari Jumaat :)

3 comments:

Anonymous said...

Topik yg jarang dikemukakan kerana takot-takot ada pompuan step gangster yang akan menentang. Tapi, bro, aku agree dgn ko. Mmg gadis melayu yang "original" mmg sukar sekali ditemui pada hari ini. Sampaikan si Mawi pun dan merayu utk menaikkan martabat gadis melayu pada zaman ini.

Sekarang dah jarang aku nampak pompuan melayu berbaju kurong di hari Jumaat. Yang terdedah sampaikan mata aku naik juling pun ada. Apalah nak jadi dengan masyarakat kita hari ni - baik yang pompuan ataupun yang lelaki.

Harap2 diperbanyakkan lagi usaha untuk menyedarkan masyarakat muda-mudi kita yang jauh "terpesong". Hanyut beb. Gua cakap sama luuu.................

Anonymous said...

uwaaa...gitu ka? x sangka mat rock masih mencarik gadis melayu. Moga dpt bertemu ngan gadis melayu sejati k...mungkin masih ada di kota Singa.

MatRock said...

Hmmm mmg sedang mencari dan terus dicari gadis Melayu tak 100% dapat 50% pun jadilah hehe. Maklumlah zaman dah berubah. Namun harap gadis melayu tidak akan berakhir itu saje.

InsyaAllah ada jodoh adalah gadis itu.