Wednesday, May 24

You Happy... I Happy

Korang happy? Selalu orang yang buat kita happy ialah orang yang prihatin atas kita.
Aku akan jadi happy bila aku dapat buat orang itu happy.

Jadi untuk memastikan kebahgiaan itu kekal kita cuba untuk imbas kembali kebahgiaan yang pernah dilalui. Tapi bukan kah itu akan buat kita lebih sedih dari happy?

Aku pernah cuba untuk buat orang happy tapi ada juga yang tak happy bila aku buat dia happy ntah lah tak tau kenapa sebab mungkin mereka pun kurang kebahgiaan sampai timbul rasa tak happy tu.

Apapun aku memang happy-go-lucky, kalau kau happy, aku happy.
Aku nak sangat buat orang yang aku cintai happy macam mak aku, ayah aku, makwe aku (belum ada),isteri aku (lepas dia jadi makwe aku).

Kita boleh buat apa saja untuk menggembirakan seseorang, tapi adakah ia dapat buat orang itu happy? Kita boleh cuba itu yang pastinya cuba sampai dah tak terdaya.

Kenapa aku tulis pasal kebahgiaan ni? Takde angin takde ribut takde tsunami boleh tiba-tiba timbul topik ni. Kasi senang punya cerita...

Aku tersedar oleh sebuah ayat yang telah diberikan oleh aku pada suatu malam yang dingin dan sepi... "hanya si dia boleh buat beliau happy buat masa ini, maka tumpuannya sekarang adalah kepada si dia sahaja". Bila aku terima ayat ini seperti hancur seketika bangunan harapan (remuk brader), tapi apakan daya aku belum pun berbuat apa-apa pun! Maka aku hanya boleh menerima seadanya. Mungkin aku tak boleh buat dia happy tapi aku akan buat dia rasa, dia ada masa untuk ber'happy' dengan si dia. Ini sudah cukup untuk buat aku happy sebab... if you are happy... I am happy too...

Mat Rock happy walaupun dia tak dapat buat dia happy directly...
Reservist in camp 16 hari - 25th May to 9th June. Jumpa lagi...

No comments: