Semakin dekat semakin jauh
Haaaa... pelik tak tajuk kat atas tu? Tapi takde lah pelik sangat, aku percaya ada kalian yang pernah rasa seperti ini (atau aku je yang mengalaminya?). Apapun tidak semestinya yang dekat itu makin dekat dan yang jauh itu makin jauh. Belit-belit dah ayat tu (hehe). Sebenarnya masalah aku sebagai seorang insan yang ingin mendekati seorang insan yang lain adakalanya terasa dekat dan ada kalanya terasa jauh. Walaupun berada dekat atau rasa dekat tapi pada hakikatnya masih jauh atau makin jauh. Kenapa?
Satu sebabnya, tidak reti untuk membuat langkah seterusnya. Terus terang aku tulis disini, aku tak pernah berpasangan, tidak pernah bertanya mana-mana wanita atau gadis yang lalu dalam hidup aku untuk berpasangan dengannya. Bukannya aku ni sombong ataupun tak campur orang, tapi aku tak berani, ini yang paling utama. Takut pada kegagalan, namun ada juga sebab-sebab lain, iaitu, belum masanya, tidak cukup syaratnya (duit dan masa) dan sebagainya (kena fikir sendirilah nak tulis semua makan masa lebih berfikir hehe...)
Tapi antara yang utama aku takut, tak berani dengan tolakkan, tidak berani dengan kegagalan, lebih-lebih lagi pasal berpasangan dan bercinta. Mungkin sebab aku ini hanya orang biasa, rupa pun biasa, jadi patutnya pasangan orang biasa. Itu sebaiknya, tapi sebab aku ni suka berangan juga, untuk buat lebih dari biasa, jadi jauh ler beza biasa aku dengan yang luar biasa.
Bagi aku kalau bercinta, tu maknanya memberi komitmen, bukan aku tak mahu komitmen tapi biarlah komitmen yang berkekalan. Jadi masa remaja aku, aku hanya berkawan saje, hinggalah aku jadi dewasa, kini aku masih lagi berkawan, dari berkawan lah baru dapat kita kenal isi hati masing-masing. Namun ada juga masanya aku tidak berpeluang untuk berkawan, mungkin atas sebab luar biasa dan aku ni hanya biasa je. Aku akan cuba cari jalan untuk berkawan kerana sebagai manusia biasa, pada akhirnya mahu juga berpasangan, bersama hingga akhirnya.
Bak pepatah, "Biar berdiri sama tinggi, duduk sama rendah".... itu pepatah ada juga baik ada juga buruknya. Ia bermakna untuk mencari yang dianggap sepadan dan jangan lebih dari itu. Namun buruknya, ia tidak membenarkan kita impikan yang luar dari biasa. Aku sebagai manusia biasa, ingin menjadi luar biasa, ingin lakukan sesuatu yang luar biasa. Tapi aku juga faham, tidak semua yang diimpikan itu dapat dicapai... yang penting harus cuba. Tak cuba bermakna aku gagal dan takut untuk hadapi kegagalan. Aku dah dewasa, dalam hidup aku kalau cakap pasal kegagalan, dah banyak aku lalui. Cuma gagal bercinta je belum.
Orang kata gagal bercinta lah paling perit dari segala kegagalan (tapi bagi aku kegagalan paling perit ialah tidak dapat membahagiakan hati ibu bapa), dan aku dah dewasa, aku rasa aku perlu berani untuk menghadapi kegagalan itu namun, aku harap ia tidak cenderung ke arah itu. Siapa inginkan kegagalan bercinta? Orang tak siuman je agaknya mahukan itu.
Semakin aku cuba dekat, semakin aku rasa diri ini makin jauh. Hanya tuhan akan menentukan akhirnya aku hanya dapat mencuba dan berusaha. Pelik pula pagi ni topik dan tulis berputar belit macam pernah aku dengar seorang insan berkata "otak saya faham, tapi hati saya tak faham" (hehehe). Jangan khuathirkan aku pasal ayat tu, aku faham apa dihadapan aku. Hati aku pun faham dia boleh dilukai. Jadi aku berserah saje pada Dia dan dia dan pada masa.
Apa kata aku berterus terang saje, tapi tu kerja gila! So apa kata aku take things one at a time. Kalau dah masuk 3-4 tahun tu cukup time ke tak? Kena tambah lagi 3-4 tahun ke? Berkawan dulu, tapi macam mana? Novice at work in the search for the one... that's me!
Mat Rock wahai Mat Rock apa lah ko dah takde cerita lain ke? Cerita lah pasal burung terbang ke? Ikan masak tempoyok ke? Rerama terbang mencari bunga ke? Ni takde peningkan kepala yang membaca je!
No comments:
Post a Comment