Wednesday, October 20

Operasi Khas : Cool Lime


Seloka Nasihat...

Baru-baru ni aku ada tulis pasal baru saje masuk bulan Ramadan kita dah sibuk memikirkan nak beraya dan nampaknya aku termasuk jugalah dalam golongan itu. Mungkin sebab sudah menjadi tabiat atau tradisi keluarga aku, hari-hari biasa tak suruh aku cat rumah tapi bila bulan puasa baru ler sibuk nak menge'cat'. Mama aku kata, bulan puasa ni nanti penat jadi untuk membuktikan bahawa dibulan puasa ni ia tak menjejas prestasi aku untuk melaksanakan tugas yang diharapkan oleh mama ku. Aku jadi HERO, cat rumah lah nampaknya.

Hero? Aku ni nak sentuh huruf H dalam Hero ni pun takdelah, cuma yang selalu aku dapat ZERO. Tapi kali ni sebab mama aku teringin sangat nak warna baru dalam rumah ni, aku pilih warna baru, warna yang jarang orang pakai untuk rumah, lagi-lagi kalau rumah orang melayu. Iaitu warna hijau. Hijau bukan sebarang hijau ini hijau, COOL LIME namanya. Jadi aku namakan operasi ini, OPERASI KHAS : COOL LIME... Jeng... jeng... jeng...


Sebelum Operasi...

Bermula pada hari Selasa (19 Oct) jam 9 pagi. aku mula mengalih barang-barang rumah untuk memberi ruang yang selesa untuk bergerak bila ingin menge'cat' nanti. Jam 10 pagi, mula lah masking tape cornies, power point, pintu, tingkap supaya bila cat nanti kalau terbabas kena masking tape je (senangkan kerja hehe). Aku mula menyentuh tin cat pada jam 11.30 pagi. Beriya sungguh, semagat gila lah kirakan. Panjat tangga, panjat kerusi, stretch sana, capai sini. Macam orang tak berpuasa. Tapi bila jam 2 tengahari badan dah mula letih. Tekak dah terasa haus. Perghhh cubaan. Tuler tak nak dengar cakap mama penat menge'cat' bulan puasa ni, tapi nak jadi HERO padan dengan muka aku.

Rehat sekejap buat apa yang patut, sambung lagi sampai 6 petang, masa ni peluh dah takde dah tapi baju basah kuyup, air liur dah takde lagi nak ditelan, tangan dah lenguh nak pegang roller. Akhirnya mama pun bangun dari tidur (dia kerja malam juga, jadi siang dia tidur), dia tanya aku, "Siapa yang alih barang-barang dan perabot ni semua?" Aku jawab aku ler siapa lagi nak buat? "Kesian, tak penat ke?" Dalam hati berkata, penat gila macam nak buka ni! Tapi aku menjawab, "Takdelah mama, ok masih boleh lagi." Nak jadi HERO lah katakan. Mama masuk dapur masak untuk berbuka aku sambung menge'cat' lagi. Tepat jam 6.30 petang satu rumah dah selesai. (FIRST COATING done!) Malamnya lepas solat terawih, aku badan dah rasa macam nak demam, telan Panadol dua biji terus tidur sebab esoknya nak buat SECOND COATING.

Paginya (20hb Oct) jam 9 aku mulakan operasi SECOND COATING. Hari ini kerja mudah sikit sebab tak perlukan banyak cat, cuma 'go through the whole process' macam semalam tapi tak seberat kerjanya. Jadi sempatlah juga rehat chat kat YM dengan kawan-kawan dan akak-akak. Pastu sambung lagi, rehat lagi untuk chat, selesai segala tugas jam 4.30 petang. Tunggu cat kering dan jam 6.30 petang aku cabut semua masking tape, susun balik perabot-perabot dan Alhamdulillah, OPERASI KHAS : COOL LIME, MISSION status : ACCOMPLISHED.


Selepas Operasi...

Moral untuk cerita kali ini, jangan cuba jadi HERO kalau tak larat, jangan hampakan permintaan mama dan yang penting untuk berjaya dalam apa-apa operasi... IF you FAIL to PLAN, You PLAN to FAIL.

Mat Rock senang hati sebab warna rumah sekarang segar bugar macam air limau yang FRESH!

No comments: