Thursday, September 2

Sifu lu gerek! Puan pun!


Sifu ialah Hang Tuah...


Puteri Gunung Ledang dah pun bermula ditayangkan, ini adalah movie yang pasti aku tengok bukan pasti lagi tapi aku berjanji akan pergi tengok. Cuma belum survey lagi dah ditayangkan disini ke belum hehe. AKu janji nak tengok bukan kerana sifu aku je berlakon dalam epik cinta ni tapi aku nak tengok sebab aku tertarik pada skrip dalam citer ni. Aku percaya sekali tengok tak cukup sebab nak meneliti skrip yang cukup menarik, siapa agaknya penulis-penulis skrip untuk cerita ni yer, mesti duduk sampai abis baca kredit bila tengok nanti.

Layar berbelok-belok...
Sauh dibongkar tempat dikenang...
Yang tinggal hati tak elok...
Yang pergi hati tak tenang...
Bila sampai waktu kita akan bersama...

Fuhhh... lu bacalah skrip kat atas tu! Kalau lu tak pergi tengok citer yang ada skrip macam ni aku percaya mesti rugi sampai gigit jari punyalah! Ni baru satu line je sifu aku gunakan belum lagi satu movie ni! Perghhh... die die must see brader n sisterz!

GEMPAK!!!
Pada hujung minggu lalu (sabtu & ahad)... semasa PGL ditayangkan di Singapura (weekend screening je), tiketnya semua habis dijual (SOLD OUT babe!) Bukan di satu atau dua pawagam tapi di 36 pawagam merata Singapura brader! Lu kalau tak tengok ni citer nasib ler rugi babe rugi! Hehe...

Hari ini aku penat tahap maksima sebab malam semalam stock kedai datang 6 cage, paman aku ni kan dia kalau bab ordering memang boleh kes membunuh orang hehe. Tapi takpelah sebab memang stock dah berkurangan lebih-lebih lagi MILO (siapa punya kerja lah abiskan MILO ni hehe). Hehe gurau je ek :) Aku dah tak boleh nak tolong paman aku sebagai manager sebab tu dialih tugas pada Kak Shima yang manager baru ni sebabnya aku sibuk dengan study tengah musim exam jadi tak boleh tumpu pada kerja 100%. Namun, dalam kesibukkan belajar ni pelik juga ada masa nak update blog ni ek hehehe.

Apapun, semester nak berkahir minggu depan minggu terakhir lepas tu 1 minggu break. Dalam 1 minggu break ni aku plan nak siapkan website yang aku berjanji (pada diri sendiri bukan pada sesiapa) nak siapkan. Aku harap perubahan kali ini sehsuai dengan citerasa mereka ehemm... :) Maklumlah dulu suruh buat screen besar aku tak buat gak (degil sket), tapi kali ni janji puan saya akan buat hehe.

Relek mat rock sekarang kerja kau check movie listing dulu hehe...

No comments: