Saturday, August 28

Garfield Vs Mat Rock!


Tak pasal-pasal dek sebab aku nak sangat tengok citer Garfield The Movie masa kat KL tu dah dorang panggil aku Garpil weihhh apa ingat aku sorang je ke muke cam Garpil tu hehe. Tapi bila difikirkan balik aku pun ada juga sifat-sifat macam Garfield tu tapi takde lah teruk sangat. Heheh malas tu ada gak, kedekut pun ada gak, suka gurau ada gak, muka selambe pun ada gak jadi Garfield ke aku ni???

Sebenarnya citer Garfield The Movie ni banyak juga pengajarannya, bukan setakat duduk ketawa satu jam weihhh, dia mengajar kita bahawa tidak semuanya yang kita inginkan boleh terjadi tanpa usaha dan yang penting sekali perlu ada sikap berkongsi dan bertolak ansur antara satu insan bersama satu insan yang lain kalau dalam cerita ni antara Garfield dengan penghuni baru dalam rumah tuannya iaitu seekor anjing (nama apa ek? masa tulis ni tak ingat nama dia lagi hehehe). Ini pun menunjukkan bahawa walaupun kita ni pada asalnya musuh atau pun berlainan bangsa ke kulit ke agama ke... kita sebenarnya boleh hidup sebumbung dengan adanya sikap-sikap yang aku tulis kat atas tuuuu... ada faham adik-adik? Murid-murid sekelian... Eceyyy jadi cikgu sosial lah kejap. Uihhh tak sehsuai mat rock jadi cikgu lah! Tonggang langgang nanti kelas tu dibuatnya.


Haaaa... kucing merah ni! Kucing merah ni sebenarnya hehe masa promosi 7-11 kat kedai aku ni ada dijual beli aiskrim Softee boleh beli kucing ni. Tugas kucing ni kat rumah aku dalam bilik aku ialah untuk duduk diam-diam atas scanner pastu tersengeh macam kucing (memang dia kucing pun) tengok aku hahaha. Sebenarnya ni wrist rest untuk bila menggunakan mouse ler tapi sebab aku gunakan mouse yang tak memerlukan wrist rest ni dia jadi tugu peringatan atas kebengapan aku membelinya tanpa berfikir dulu perlu atau tidak benda ni kat bilik. Hehehe cute lah babe sebab tu wa beli je. Jangan jeluz haaa...

Hari ini antara hari yang aku boleh rehat sedikit sebab hari ini tak ramai orang yang online jadi tak lerrr popular sangat macam hari-hari biasa tu. Hari ini relek gila! Tapi dalam relek tu pun ada juga kesibukkan. Sibuk cari bahan untuk buat website baru. Website apa??? Hanya tuhan jelah yang tahu huahuahuhahua... :p

Rock never die... don't be lazy lah! Nak relek je mat rock ni!

No comments: