Buat Puteri...
Terguris hatimu, geramnya hatimu, dapat dirasai bersama, dimasa kau mahu menghiburkan semua. Pada malam yang penuh makna, pada malam yang bersejarah, kau luahkan segala, kau buka hatimu kepada semua.
Sampah... sampah... semuanya sampah. Itu katamu, untuk mengurangkan rasa kecewa. Untuk menabahkan diri yang disangka lemah diluar sana. Namun menitis juga akhirnya, airmata yang suci, berniat murni untuk berseni. Tidak tertahan lagi dengan kekejaman orang yang tidak takut pada dosa, menabur fitnah sesuka hati sahaja.
Wahai Puteri, yang berlaku, biarlah ia berlalu pergi, titis airmata mu, biarlah hanya dijadikan memori. Kembalilah ceria semula, seperti sediakala. Senyuman mu itu amat dinantikan bagai cahaya yang menyinari kami dan memberitahu semua, kau akan teruskan perjuangan mu, mengharumkan nama negara dan bangsa.
Aku disini hanya mampu berdoa, agar tuhan sentiasa melindungimu. Aku disini hanya mampu berdoa, agar kau bahagia selalu...
Rock Never Die... Puteri Never Will... Lagenda created 21 August 2004...
No comments:
Post a Comment